Follow:
Kekeluargaan, Motivasi

Zikir Murah Rezeki Yang Anda Patut Amalkan Setiap Hari

Assalamualaikum

 

Ros nak kongsikan dengan anda zikir murah rezeki. Sebenarnya, yang ni Ros dapat dari group whatsapp. Memang kebetulan hari tu, Ros betul-betul perlukan duit.

 

Dengan yakin dan berserah, Ros pun buat seperti yang dikongsikan di bawah.

zikir murah rezeki

“Ya Allah, aku sempit sangat ni Ya Allah. Banyak duit nak guna. Kau berilah aku rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”

Sekalikan juga dengan zikir Asmaul Husna ni :

✔ Ya Fattah (Yang Maha Pembuka)
✔ Ya Wahhab (Yang Maha Memberi)
✔ Ya Basit (Yang Maha Melapangkan)
✔ Ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki)

 

Zikir 40 kali setiap kali selepas solat atau sebanyak-banyaknya pada bila-bila masa sambil mengadu kepada Allah;

“Ya Allah, bukakanlah dan berikan kelapangan rezeki buat hambaMu ini. Hanya Engkau sebaik-baik Pemberi Rezeki.”

 

Pagi tu, Ros sedekah subuh sekadar yang mampu. Sampai office sebelum mula kerja, Ros solat dhuha dahulu.

 

Tetiba lepas balik kerja, ada customer call minta Ros pre-registerkan dia sebagai ahli. Syukur Alhamdulillah. Memang tak sangka betul. Memang customer tu ada call sebelum ni. Tapi bila follow up, dia kata nak fikir dulu. Tup-tup memang supplement yang Ros cadangkan yang dia ambil. Syukur. Alhamdullillah.

 

Oleh itu, yakinlah Allah akan berikan kita rezeki bila kita yakin dengan Dia. Semoga bermanfaat.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Terima kasih banyak kak ros atas perkongsian ni =)
    Ibu Zarith recently posted… iReach Superstar dan Jamuan Hari RayaMy Profile

    21 August 2016 at 12:22 am
  • Reply jida

    Alhamdulillah.
    Tips murah rezeki yg terbaik untuk diamalkan. Bila hati yakin meminta daripada-Nya, insha Allah akan dimakbulkan.
    jida recently posted… Siapa Yang Berisiko Mengalami Kerapuhan Tulang(Osteoporosis)?My Profile

    26 August 2016 at 2:06 pm
  • Reply azri

    Mohon izin nak beramal
    Terima kasih

    16 September 2016 at 9:41 pm
    • Reply Ros

      Silakan Tuan Azri. 🙂

      18 September 2016 at 8:44 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge