Follow:
Penyusuan

Zikir Ibu Menyusu Agar Anak Sentiasa Dimurahkan Rezeki Susu Ibu

Assalamualaikum

Apa amalan anda semasa menyusukan bayi dan mengepam? Seeloknya semasa menyusukan bayi, kita berzikir dan berdoa agar anak sentiasa dimurahkan rezeki susu ibu yang melimpah-ruah. Di sini Ros kongsikan zikir ibu menyusu yang anda boleh amalkan.

 

zikir ibu menyusu

 

Zikir 1

Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya)

Berzikir sebanyak 70 kali sehari. Waktu yang digalakkan adalah pada waktu subuh dan waktu malam.

 

Doa 1

Ya Allah…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Sambil menyusukan anak anda, baca doa ini. Jangan lupa untuk belai, pandang mata anak anda semasa menyusukannya. Pasti hormon kasih sayang (Oksitosin ) melonjak naik seterusnya memudahkan susu ibu keluar.

 

Doa 2

Surah al-Baqarah ayat 60.

Bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

 

Letakkan tangan anda pada payudara dan baca doa di atas. Yakin rezeki datang dari Allah.

 

Antara tips lain yang membantu banyakkan susu ibu adalah:

  1. buat power pumping setiap hari
  2. minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter
  3. makan makanan yang seimbang
  4. amalkan milkbooster  << Makanan penggalak susu ibu >>
  5. amalkan supplement seperti Set Penyusuan Shaklee

 

Semoga anda berjaya menyusukan anak anda selama mungkin. Ingat konsep supply and demand! Lagi kerap anak anda disusukan, lagi banyak susu akan dihasilkan.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply titan

    betul.

    selalu nasihat bini, minum air banyak-banyak.

    mula-mula dia takut tak cukup..tapi bila dah wat semua kat atas tu, alhamdulillah..cukup rasanya untuk 2 tahun nanti.
    titan recently posted… Tulis buku dan JUAL.My Profile

    16 December 2015 at 11:16 am
  • Reply Sync

    pernah susu isteri kering, insyaallah boleh kongsikan tips ni dengan dia 🙂
    Sync recently posted… Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41My Profile

    16 December 2015 at 6:10 pm
    • Reply Ros

      Silakan kongsi tips ini dengan isteri.

      17 December 2015 at 1:41 pm
  • Reply Ibu Zarith

    Thanks sharing kak ros. Walau apa pun masalah kita, kembalilah kepada Nya =)
    Ibu Zarith recently posted… 6 Keadaan Mengerikan Yang Berlaku Sebaik Selepas Melahirkan AnakMy Profile

    16 December 2015 at 9:09 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge