Follow:
Hamil, Tips

Urutan Perineum Bantu Bersalin Tanpa Koyakan?

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan pengalaman Ros bersalin tanpa jahitan semasa bersalin anak kedua, Maryam. Masih Ros teringat ketika di dalam labor room.. Nurse semua tak percaya. Ada sorang tu cakap, Akak maintain kak.. Kalau macam ni.. Tak payah nak gunting. Ros yang tengah sakit nak bersalin, tak sedar pun Ros buat macam mana. Waktu tu terfikir, ooo betullah orang kata, kalau buat urutan perineum, boleh bersalin dengan koyakan yang minima atau tanpa sebarang koyakan langsung.

Alhamdulillah. Tak sangka betul Ros ada rezeki merasa bersalin tanpa sebarang jahitan. Koyakan selepas bersalin Maryam ada dalam beberapa mm je. Doktor cakap tak payah dijahit.

Ros mula buat urutan perineum agak lambat. Dah beli VCO tapi guna untuk sapu di perut untuk elak strech mark. Bila check balik bila boleh mula buat urutan tu, Ros dah 36 minggu. Sepatutnya, dah boleh buat bila kandungan dah masuk minggu ke 34.

Tapi kalau anda ada jangkitan pada bahagian faraj, anda perlu dapatkan nasihat doktor samada boleh buat urutan perineum atau tidak.

Jom tengok cara buat urutan perineum.

1. tangan dicuci dengan sempurna. Elok buat selepas mandi.

2. bersandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan ataupun duduk mencangkung. Pastikan anda dalam keadaan tenang.

3. sapu ibu jari dengan minyak VCO

4. masukkan ibu jari ke dalam dinding faraj dan 4 jari yang lain di punggung. Rujuk gambar di bawah.


5. tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan selama 1-2 minit. Memang akan rasa sakit sedikit ketika awal-awal buat.

6. gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U dan lakukannya berulang kali.

7. urut selama mana yg anda selesa atau sekurang-kurangnya 5minit setiap kali.

Ibu yang sedang hamil anak pertama digalakkan untuk mengamal urutan ni kerana perineum anda belum pernah meregang. Kebarangkalian nak kena episotomi tinggi walaupun bayi anda kecil. Kalau nak ikutkan berat Luqman dan Maryam semasa lahir, Maryam lagi berat daripada Luqman. Alhamdulillah tak perlu episotomi semasa bersalinkan Maryam.

Bila kena episotomi, luka bersalin memerlukan penjagaan yang lebih. Kalau tak dijaga betul-betul, jahitan boleh terbuka dan anda perlu dijahit kembali. Eee.. ngeri pula kalau difikirkan. Sembelit yang teruk juga boleh menyebabkan jahitan terbuka jika ibu meneran terlalu kuat ketika buang air besar.

Sembelit yang teruk biasa dialami oleh ibu-ibu dalam pantang. Tapi usah risau, Puan Khadeejah dah jumpa penyelesaiannya. Jom tengok apa yang boleh anda lakukan.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan Set Bersalin yang sama macam Puan Khadeejah. Sembelit tiada, luka bersalin pun pulih lebih cepat. Usah tunggu lama-lama sampai lepas bersalin bila jahitan dah terbuka, baru nak contact Ros. Lagi cepat anda hubungi Ros, lagi cepat mimpi ngeri anda hilang.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

 

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

9 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Betul tu kak ros, urutan perineum ni memang sangat membantu kan
    Ibu Zarith recently posted… Power Pumping Kembalikan Susu Yang Dah Kering Seminggu?My Profile

    16 April 2015 at 2:18 am
    • Reply Ros

      Betul tu ibuzarith.

      16 April 2015 at 7:28 am
  • Reply Najihah Abdul Mutalib

    Bagus info ni..hamil kali ni nak praktikkan urutan perineum ni lah..
    Najihah Abdul Mutalib recently posted… MASALAH RAMBUT GUGUR TIADA LAGI, RAMBUT TERASA LEMBUT SEPERTI MEMBUAT RAWATAN DI SALONMy Profile

    19 April 2015 at 8:03 pm
  • Reply ain

    salam kak ros.
    vco akak guna brand ape?

    26 May 2015 at 2:01 pm
    • Reply Ros

      Wsalam Ain.
      VCO akak guna brand tanamera.

      26 May 2015 at 2:19 pm
  • Reply reni

    Vco tu minyak apa yah…

    18 September 2015 at 8:29 am
    • Reply Ros

      Hi Reni
      VCO tu virgin coconut oil ataupun minyak kelapa dara. 🙂

      18 September 2015 at 9:32 am
  • Reply Wan Nur Suzilla

    Ilmu baru. Insyaallah diamalkan untuk kehamilan seterusnya

    🙂

    15 March 2016 at 9:30 am
    • Reply Ros

      terima kasih sis.
      Hihi.. jangan lupa untuk amalkan nanti. 🙂

      29 March 2016 at 7:01 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge