Follow:
Aktiviti 6-12 bulan, Anak-anak

Treasure Basket- Aktiviti Untuk Bayi 9 Bulan Ke Atas

Assalamualaikum

Sekejap je rasa Maryam dah masuk 9 bulan. Banyak benda Maryam dah boleh buat. Ros senaraikan untuk rujukan Ros di masa akan datang. Kalau bayi anda belum boleh buat apa yang Ros senaraikan.. jangan bimbang. Setiap bayi ada tahap perkembangan mereka yang tersendiri.

Perkembangan Maryam Ketika 9 Bulan

  • boleh duduk tanpa perlu disokong dengan bantal
  • merangkak laju
  • sudah boleh memanjat
  • suka berdiri di tepi sofa
  • sekali sekala nampak lepas tangan, pastu jatuh terduduk
  • keluar bunyi macam nak sembang
  • memegang objek dengan lebih lama
  • suka memasukkan benda ke dalam mulut
  • gelak bila diagah
  • selalu cari Ummi
  • suka main air
  • pandai lambai bila cakap bye-bye
  •  pandai tepuk waktu nyanyi tepuk amai-amai
  • suka duduk bentuk w dan z
  • suka kacau abang dia

 

Memandangkan Maryam dah boleh duduk sendiri, Ros boleh je letak Maryam atas sofa atau di lantai dan bagi mainan. Lagi senang Maryam nak merangkak untuk capai mainan kalau mainan dia tercampak jauh sikit.

Hari tu Ros ada cerita idea sediakan mainan bayi dalam masa 5 minit dengan Treasure Basket. Treasure basket ini adalah satu bakul atau kotak yang dipenuhi dengan objek-objek yang menarik untuk bayi terokai. Bila mereka dah boleh duduk dan pandai pegang, lagilah mereka suka meneroka treasure basket ini.

Antara objek yang sesuai dimasukkan dalam treasure basket ini adalah seperti berikut.

Objek yang dicadangkan:

1. Objek daripada besi

Objek seperti loceng, sudu, pemukul telur

2. Objek semulajadi

Kulit kerang, batu, pine cone, ranting

3. Objek daripada kayu

Sudu kayu, berus pastri, mainan daripada kayu

4. Objek daripada kaca

Balang rempah, bekas garam

5. Fabrik

Sapu tangan, sutera, satin, benang kait

 

Sesetengah objek nampak macam bahaya kan? Pilih lah mana yang sesuai untuk bayi anda. Ros pun tak berani nak bagi balang kaca kepada Maryam lagi. Treasure basket ini sesuai untuk bayi sehingga pra-sekolah. Kalau kanak-kanak yang lebih besar, mereka akan tertarik dengan balang kaca.

Ini antara contoh Treasure Basket yang Ros sediakan untuk Maryam.

1. Objek hitam/putih

2. Fabrik

3. Objek yang mengelurkan bunyi

4. Objek berbentuk kiub

 

Ros mula dengan 3 objek dahulu. Untuk pertama kali Ros bagi treasure basket tu, Ros biarkan Maryam explore dahulu. Lepas tu baru Ros sembang dengan Maryam dia tengah pegang apa, warna apa, bentuk apa.

Ada sesetengah objek tu, Maryam tak minat pun sebab dah pernah main. Sebab tu, Ros sediakan beberapa set. Boleh rotate. Nanti bila-bila, keluarkan balik set yang anak tak minat tu. Mungkin kali ni, minat dia dah berubah. 🙂

Selamat mencuba.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge