Follow:
Penyusuan, Tips

Tips Penyusuan Bayi Pramatang Yang Wajib Anda Tahu

Assalamualaikum

Bayi yang lahir sebelum minggu ke 37 dianggap bayi pramatang. Kebiasaannya bayi pramatang mempunyai berat kurang daripada 1kg. Usah risau  jika anda melahirkan bayi pramatang. Dengan penjagaan yang baik, bayi anda akan membesar dengan sihat. Ros akan kongsikan tips penyusuan bayi pramatang.

Sebelum tu, jom tengok perkongsian Puan Hidayah yang melahirkan bayi pramatang juga. Lakukan perkara yang sama dalam menjaga bayi pramatang anda.

Tips Penyusuan Bayi Pramatang

Disebabkan imuniti bayi pramatang amat lemah, bayi pramatang digalakkan diberi susu ibu. Tahukah anda cara yang betul memberi susu ibu kepada bayi pramatang?

tips penyusuan bayi pramatang

1. beri susu ibu yang baru diperah

Susu yang baru diperah mengandungi antibodi yang sama dengan usia bayi pramatang. Itulah keunikan susu ibu. Kandungannya berubah seiring usia bayi.

2. hantar susu perahan setiap hari

Usah rasa sayang untuk menukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru diperah setiap kali melawat bayi.

3. simpan susu dalam bekas mengikut kuantiti yang bayi minum untuk sekali penyusuan

Ini akan memudahkan pemberian susu ibu kepada bayi oleh nurse semasa anda ketiadaan anda.

4. lebihkan memberi bahagian hindmilk kepada bayi pramatang

Hindmilk mengandungi banyak lemak dan biasanya diperolehi selepas beberapa ketika memerah. Hindmilk akan meningkatkan berat bayi pramatang dengan lebih cepat.

5. sentuh dan belai bayi

Semasa penyusuan, belai bayi anda dan ucapkan kata-kata semangat kepadanya. Ini akan membuatkan bayi berasa selamat dan menghilangkan ketakutannya berada di dalam inkubator.

Usah stress jika bayi dilahirkan pramatang. Dengan penjagaan yang baik dan penyusuan susu ibu, bayi akan membesar dengan sihat dan aktif. Apabila usianya mencapai unur dua tahun ke atas, perbezaan fizikal dan mental  sama seperti bayi yang dilahirkan cukup bulan. Yang penting teruskan penyusuan susu ibu. Amalkan supplement tambahan seperti Set Penyusuan Shaklee untuk memastikan susu anda sentiasa cukup.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Ibu Zarith

    Mencabar kan obu yang lahirkan anak pramatang ni.
    Ibu Zarith recently posted… Menjana Pendapatan 5 Angka Dengan Bekerja Dari RumahMy Profile

    11 April 2015 at 2:09 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge