Follow:
Kecantikan, Tips

Tips Penjagaan Muka Agar Kulit Sihat Dan Bebas Jerawat

Assalamualaikum

Kulit yang sihat dan bebas jerawat adalah idaman kebanyakan daripada kita. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Sebelum Ros kongsikan tips penjagaan muka yang Ros sendiri amalkan, jom kita tengok dahulu punca terjadinya jerawat.

tips penjagaan muka

Masalah jerawat timbul akibat beberapa punca. Antaranya:

 

1. Tidak mencuci muka

Malas mencuci muka terutamanya yang mempunyai kulit jenis berminyak.  Sementara itu, pemilihan produk penjagaan muka turut mempengaruhi kulit anda samada semakin elok atau bertambah teruk.

Mengikut kelas spa yang Ros ikuti sebelum ini, orang yang mempunyai kulit jenis berminyak perlu mencuci muka 3-4 kali sehari menggunakan pencuci muka yang tiada bahan kimia seperti Gentle Deep Foaming Cleanser.

Gentle Deep Foaming Cleanser bukan sahaja mencuci di bahagian permukaan kulit, tetapi bertindak sehingga ke dalam liang pori untuk membersihkan minyak yang tersumbat di situ.

gentle-deep-foaming-cleanser

2. Pemakanan

Suka mengambil makanan yang bergoreng dan berminyak. Kedua-dua makanan ini menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk.

 

3. Kurang minum air

Bila kurang minum air, sukar untuk toksin dikeluarkan daripada badan anda. Tahukah anda bagaimana untuk mengira jumlah air yang perlu diambil dalam sehari.

Anda boleh ikut formula mudah ini.

25 kg bersamaan dengan 1 liter air.

Ini bermakna, setiap 25 kg berat badan anda, anda perlu minum 1 liter air. Sebagai contoh, jika berat anda 50 kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter.

 

Nak dapatkan kulit yang sihat, anda perlu merajinkan diri untuk melakukan 5 perkara berikut:

 

1. Makan makanan yang seimbang

Amalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, lebih-lebih lagi yang kaya dengan Vitamin C.

 


2. Air perlu mencukupi

Seperti yang Ros terangkan di atas, 25 kg berat badan bersamaan 1 liter air.

Jika anda mengambil vitamin atau supplemen tambahan, anda perlu minum lebih banyak air untuk keberkesanan vitamin tersebut.

 


3. Tidur perlu cukup

Elakkan berjaga malam kerana kita perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 6-8 jam masa tidur. Bila tak cukup tidur, anda mudah letih dan kulit kelihatan kusam.

 


4. Kawal tekanan dengan beriadah

Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis tekanan tak kira di tempat kerja atau di rumah. Peruntukan masa 30 minit sehari untuk beriadah untuk melepaskan tekanan.

Selain itu, Ros juga ada ambil B complex setiap pagi agar diri lebih tenang dan bersemangat setiap hari.

 

5. Cuci muka 2-3 kali sehari

Rutin penjagaan wajah juga penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit anda. Bukan menggunakan sabun badan untuk mencuci muka.

 

Pencuci kegemaran Ros adalah Gentle Deep Foaming Cleanser. Selepas mencuci muka dengan cleanser ini, Ros akan pakai Soothing Radiance Whitening Softener pula untuk menutup pori-pori yang terbuka semasa mencuci muka.

 

Di siang hari, untuk melindungi kulit daripada pancaran uv, Ros akan sapu pula Ultimate Protection Whitening Lotion. Pada sebelah malam, Ros akan pakai Overnight Renewal Whitening Cream untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit wajah semasa tidur.

 

Best sangat keempat-empat produk ni!

 

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat untuk anda mendapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat.

Kalau anda perlukan konsultasi produk mana yang sesuai dengan anda, boleh hubungi Ros di 019-367 3245.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Syu amir

    Best tips2 nie…

    Kak ros..best tak pakai set nw nie? Syu pakai pencuci muka n make up remover je skrg nie..hehe…

    16 August 2016 at 10:13 am
    • Reply Ros

      Best sangat syu.
      Tak cukup koleksi NW lagi.
      Baru ada 4 benda.

      18 August 2016 at 10:40 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge