Follow:
Aktiviti 3-4 tahun

Tips Mudah Ajar Anak Kumpul Duit Untuk Beli Mainan

Assalamualaikum

Sebagaimana anda kumpul duit untuk beli sesuatu, anak kecil juga perlu didorong untuk kumpul duit untuk beli apa yang mereka inginkan.

 

Sebenarnya, Ros dah lama tak belikan mainan untuk Luqman dan Maryam. Ada satu masa tu, Luqman nak Ros belikan satu mainan ni. Ros pun cadangkan Luqman kumpul duit untuk beli mainan tu.

 

Balik rumah, bermulalah misi menabung Luqman.

 

Anda boleh ikut tips mudah ini untuk ajar anak kumpul duit untuk beli mainan atau apa sahaja yang dia inginkan.

 

Tips Mudah Ajar Anak Kumpul Duit

 

1. Tanya apa yang anak nak beli

Bila ada target, senang lah nak capai. Sebelum bermula, tanya anak apa yang dia nak beli dengan duit yang dia akan kumpul nanti. Tetapkan jumlah wang yang perlu dikumpul berdasarkan harga mainan yang dia nak tu.

 

2. Sediakan tabung

Ros guna bekas kuih raya sebagai tabung Luqman. Di penutup tu ada tulis nama Luqman untuk menandakan tabung tu Luqman yang punya.

Anda boleh guna apa-apa bekas sebagai tabung. Tapi kalau bekas tu lutsinar, anak boleh lihat banyak mana dah dia kumpul duit.

 

tabung-luqman

 

3. Terangkan bagaimana nak dapatkan duit

Sebagai permulaan, Ros bagitau Luqman kalau tolong Ummi kemas rumah boleh dapat duit seringgit. Setiap hari lah Luqman tanya apa yang dia boleh buat. Lepas anak selesaikan tugasan tu, anda kena terus bagi duit supaya anak tahu ini yang dia dapat selepas buat kerja tersebut.

 

Antara tugasan yang sesuai untuk anak 3 hingga 4 tahun boleh dirujuk di entri >> Idea Kerja Rumah Untuk Anak 3-4 Tahun <<

 

Kalau anak anda dah biasa dengan tugasan di atas, anda boleh cuba bagi tugasan lain yang anda nak dia buat.

 

4. Bila duit dah cukup, bagi pilihan mainan untuk dipilih

Bila duit dah cukup, boleh pergi beli mainan tu. 🙂 Seronok Luqman masa pergi beli tu. Duit yang terkumpul ada dalam beg pink tu.

 

luqman-dengan-duit

 

Pada hari anak anda nak beli mainan yang dia minat tu, anda boleh cuba bagi pilihan lain untuk dia pilih. Sebenarnya, Ros nak Luqman pilih mainan lain. Sebabnya, mainan yang dia nak tu, hampir sama dengan mainan yang dah ada di rumah.

 

Lebih baik dia beli mainan yang dia belum ada untuk pastikan dia betul-betul akan main. Pusing punya pusing bahagian mainan tu jumpalah mainan yang hampir sama harganya. So, ok lah.

 

Untuk kepastian, tanya balik anak dia nak pilihan yang lama tu atau mainan baru. Biar dia tentukan pilihan dia.

 

5. Biarkan anak membayar sendiri mainan dia

Selesai memilih, masa untuk bayar.

 

Untuk bayar mainan ni, saja kami beratur di express counter semata-mata untuk bayar barang Luqman ni je. Ros suruh Luqman beratur di hadapan dengan memegang duit dan mainan baru tersebut. Dia juga yang hulurkan duit kepada cashier tersebut. Teruju betul dia lepas mainan dah dibayar.

 

Hasilnya…  selesai bayar anda akan dapati anak anda tersenyum sampai ke telinga macam Luqman ni. Selepas beli mainan ni, kami kena ke tempat lain dahulu. Tetapi, Luqman tak sabar-sabar nak balik rumah untuk cas bateri.

 

luqman-dengan-mainan

 

Ok. Tu tips mudah untuk ajar anak menabung bila dia ada target barang nak beli. Seeloknya, ajarlah anak menabung untuk masa depan mereka juga.

 

Semoga bermanfaat.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply Mrsesungut

    Seronok betul nampak nya tu..hehehe

    24 October 2016 at 8:39 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge