Follow:
Berpantang, Tips

Tips Mencari Tukang Urut Untuk Berpantang Nanti

Assalamualaikum

Agak sukar untuk mencari tukang urut di zaman sekarang berbanding zaman mak dan nenek kita dahulu. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk ibu-ibu di dalam pantang tidak berurut. Dengan berurut, peredaran darah di dalam badan kita akan menjadi lebih lancar. Berurut juga boleh membuang angin dari badan ibu baru bersalin.

Ros kongsikan tips mencari tukang urut supaya anda tidak tersalah pilih

1. pilih tukang urut yang dicadangkan oleh saudara yang pernah guna perkidmatannya

Jika anda ada saudara yang baru bersalin juga, cuba dapatkan pendapat mereka mengenai tukang urut yang mereka guna tu. Jika mereka puas hati, anda juga boleh guna perkhidmatan tukang urut yang sama.

Tukang urut yang Ros guna semasa berpantang anak kedua, dicadangkan oleh sepupu Ros yang baru bersalin juga.

2. pilih tukang urut yang tinggal berdekatan dengan kawasan kita

Semasa Ros berpantang anak pertama, tukung urut yang Ros pilih tu memerlukan Ros pergi ke rumah dia untuk berurut. Waktu tu, baby pun Ros bawa sekali takut dia lapar nak menyusu.

Semasa berpantang anak kedua, Ros mengambil tukang urut yang ada kenderaan untuk datang ke rumah mak Ros. Yang ni agak senang sebab tak perlu bawa baby keluar rumah. Baby boleh tidur dengan lena dan selesa di dalam bilik.

3. pilih tukang urut wanita dan beragama Islam bagi muslim

Ros pilih tukang urut perempuan supaya aurat terjaga. Tukang urut yang Ros guna perkhidmatan mereka ni, sambil mengurut mereka akan membacakan ayat-ayat suci al-Quran tertentu.

4. berpengalaman dalam bidang urutan

Tukang urut mestilah arif bahagian mana yang boleh diurut dan yang mana tidak boleh diurut. Bukan main urut je.

Mereka akan memeriksa jika rahim kita sudah kecut sepenuhnya atau belum. Oh ya.. pernah dengar pasal rahim jatuh? Ros takut betul pasal rahim jatuh ni. Sebelum berurut tu, eloklah suruh tukang urut periksa bahagian rahim anda.

5. jika di salon, ketahui lokasi mereka

Sebelum anda mengunakan perkhidmatan mereka, mungkin anda boleh survey keadaan di salon mereka. Ini termasuk bilik yang akan mereka gunakan dan tahap kebersihan salon mereka.

Selepas berpantang anak pertama, husband Ros ada buat surprise pakej berurut di spa muslimah. Yang ni siap ada perkhidmatan baby sitting. Baby akan dijaga sementara ibu memanjakan diri. Dah nama pun spa muslimah. Lelaki tidak dibenarkan masuk sama sekali. Semua pekerja di spa tersebut adalah wanita.

6. pilih tukang urut yang menjaga kebersihan dan kuku tidak panjang

Badan ibu bersalin masih lemah. Oleh itu, bab kebersihan amat penting. Kuku tukang urut mestilah tidak panjang supaya tidak menyakitkan kita semasa berurut.

Berurut biasanya 3 hari sahaja. Oleh itu selain berurut, ibu bersalin digalakkan mengunakan Set Berpantang. Ros menggunakan Set Berpantang semulajadi yang tidak berasaskan jamu. Ianya boleh diambil sebaik selepas bersalin. Tak perlu tunggu baby hilang demam kuning dahulu, baru guna. Kalau jamu, memang doktor akan suruh tunggu sampai kuning hilang.

Ros kongsikan pengalaman Puan Deeja yang serik nak mengandung lagi. Semuanya sebab salah buat pilihan.  Jom tengok apa pilihan salah yang beliau buat.

Untuk mengelakkan sembelit ketika berpantang kelak, boleh refer entri Ros sebelum ini mengenai cara mengatasi sembelit ketika berpantang. Berpantang adalah proses memulihkan kembali diri ibu baru bersalin. Oleh itu, pilihlah tukang urut yang betul dan teruskan pengambilan set berpantang untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman. Semoga dipermudahkan proses berpantang anda.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply NURUL AZIYANA

    pengalaman berslinanak pertama sekali je berurut sebab czer..plak tu pyh nk dpt tukang urut kt rumah, kene balik kg..hopefully yg 2nd dpt pakej lengkap urut
    NURUL AZIYANA recently posted… Bayi Tak Perlu Dibedung, Dipakai Mitten dan Booties: Betul kah?My Profile

    25 March 2015 at 6:02 am
  • Reply Cara Mandi Semasa Berpantang | Coretan Ros Ahmad

    […] selepas berurut, Ros akan mandi air rebusan daun. 3 kali berurut, 3 kali mandi air rebusan […]

    21 May 2015 at 9:02 am
  • Reply mamakembar

    Kak ros, iols memang suka sgt berurut.haha.. Sejak bersalinkan si kembar, entah dah berurut kali yg ke berapa dah ni. Kdg2 saja panggil tukang urut sebab nak rileks2 bagi habuan tuk badan sebab letih jg kembar.haha..Lg 1 sebab tukang urut tinggal dekat je. Biasa kol je nanti dia dtg la naik moto.hehe.. memang betul tips kak ros tu, kena cr tukang urut yg tinggal berdekatan dgn kita. Sebab biasanya bayaran lebih murah. Kalau tukang urut yg jauh, nnt dia caj kita lg mhl sebab nak tampung minyak kreta lg.huhu..

    28 August 2015 at 12:50 am
  • Reply bumpyella

    betul tu kak ros. memilih tukang urut ni kena betul-betul juga. Illa hari tu pun bukan main susah nak cari idaman kalbu. Akhirnya jumpa juga, tapi agak costly hehe . Apepun, alhamdulillah semua ok. Dia ok je ila amalkan set berpantang moden 🙂
    bumpyella recently posted… Impian Ke Paris Sejak Kecil – Unlocked!My Profile

    21 October 2016 at 10:27 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge