Follow:
Berpantang, Tips

Tips Kurus Selepas Bersalin Agar Muat Jeans Lama

Assalamualaikum

 

Mungkin ada ibu yang fikir susah nak kurus balik selepas bersalin. Sebenarnya lagi senang nak kurus selepas bersalin berbanding nak kurus pada waktu lain. Ingin Ros kongsikan tips kurus selepas bersalin berdasarkan pengalaman Ros sendiri.

 

tips kurus selepas bersalin

Tips Kurus Selepas Bersalin

 

  • penyusuan susu ibu

Penyusuan susu ibu paling banyak membantu Ros kembali slim. Kalau anda menyusukan bayi anda, memang senanglah nak turunkan berat badan.

Sambil menunaikan hak bayi anda mendapatkan makanan pertama terbaik daripada anda, sambil tu anda boleh mendapatkan berat badan yang ideal.

Ibu menyusu kerap lapar. Tetapi banyak mana pun anda makan, susah berat nak naik kerana banyak kalori dibakar untuk menghasilkan susu ibu.

 

  • berbengkung

Selepas bersalin, pasti anda perasan yang perut anda masih menggeleber akibat regangan semasa mengandung. Rasa macam ada benda bergerak-gerak semasa anda berjalan.. Betul..

Selepas pakai bengkung, baru anda rasa selesa untuk bergerak. Bengkung membantu menyokong otot abdomen yang masih lemah selepas melahirkan bayi.

Amalan berbengkung selepas bersalin juga boleh mengempiskan perut. Selain daripada itu, berbengkung dapat mengembalikan bentuk badan yang asal bila anda memakai dengan konsisten.

Waktu Ros berpantang anak pertama, Ros pakai bengkung yang biasa je. Asyik melorot jatuh je. Waktu berpantang anak kedua, Ros pakai bengkung yang boleh diikat silang menyilang tu. Lagi kemas pemakaiannya. Memang nampak kesannya bila dah habis pantang.

 

  • bertungku

Tujuan utama bertungku semasa dalam pantang adalah untuk mengecutkan rahim ke saiz yang asal. Bertungku juga melancarkan pengaliran darah nifas keluar dan menghalang angin masuk ke dalam badan.

Ros suka masa bertungku ni. Rasa hangat je badan. Pastikan anda tahu cara bertungkunyang betul.

Selain daripada itu, bertungku juga dapat memecahkan lemak-lemak dan mengempiskan perut.

 

  • suplement ESP dan Lecithin

Tips no 4 ni terpulang anda nak cuba ke tak. Pada mulanya, Ros ambil ESP untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu. Tak sangka berat pun turun sekali.

Tengah-tengah malam sebelum tidur, Ros selalu rasa lapar. Takkan nak masak pula tengah-tengah malam. So, Ros akan bancuh ESP campur milo. Rasa kenyang dan boleh lah tidur. Kalau rasa lapar sangat, tak boleh tidur pula nanti.

Lecithin pula boleh diambil untuk menghilangkan lagi 2-3 kg yang masih berbaki sebelum masuk kerja.

 

Alhamdulillah.. bila amalkan keempat-empat tips ni, ramai yang tegur, berat Ros macam sebelum mengandung dahulu. Siapa tak seronok kan.. Kalau tak turunkan berat selepas bersalin, susahlah nak turunkan nanti.

 

Cuba anda bayangkan selepas bersalin anak pertama, anda tak kurus balik. Pastu mengandung dan bersalin anak kedua pula. Masih tak kurus malah lebih gemuk. Lama kelamaan, lemak akan terus menerus menimbun. Anak baru dua orang, tapi badan dah macam beranak lima. Erk.. Sentap?

 

Jom tengok testimoni Puan Dang. Selepas mengamalkan ESP dan Lecithin, beliau boleh pakai balik jeans lama.

testi tips kurus selepas bersalin

 

ESP dan Lecithin dah cukup basic untuk anda ambil. Kedua-dua supplement ini berharga RM 202.50 – mampu dimiliki oleh semua ibu.

 

Baca juga Cara Menurunkan Berat Badan Selepas Bersalin untuk tips kurus lain.

 

Hubungi Ros di 019- 367 3245 untuk order kedua-dua supplement ini. Pelaburan untuk kurus secara sihat. Biar badan maintain macam zaman anak dara dahulu. 🙂

 

Anda juga boleh beli sendiri dengan menekan ikon Order Now di bawah.

order now

Lepas order, jangan lupa untuk hubungi Ros di 019-367 3245 untuk konsultasi eksklusif hanya untuk anda. 🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Noriza Rahman

    Bestnya tengok muat pakai jeans lama gitu….
    Noriza Rahman recently posted… Pilihan Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah TinggiMy Profile

    5 April 2016 at 9:31 am
    • Reply Ros

      Best sis..
      Ros pun selalu jadikan jeans lama sebagai pengukur. Lepas habis pantang, kalau dah muat jeans lama, badan ok dah tu. 🙂

      6 April 2016 at 7:39 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge