Follow:
Bisnes

Tips Kekal Fokus Dalam Bisnes Agar Membuahkan Hasil

Assalamualaikum

Kalau anda baca entri Ros sebelum ni tentang National Conference Shaklee baru-baru ni, Ros terkesan dengan sharing yang dikongsikan oleh rakan-rakan sepanjang event tersebut. Mereka begitu bersemangat dan fokus dalam bisnes Shaklee ini demi nak membahagiakan yang tersayang.

 

Apa yang Ros dapat simpulkan daripada event satu hari tersebut..  Walaupun anda buat bisnes lain selain Shaklee pun, anda boleh gunapakai tips kekal fokus dalam bisnes yang Ros kongsikan di sini.

 

tips kekal fokus dalam bisnes

Tips Kekal Fokus Dalam Bisnes

 

  • Buat satu bisnes dalam satu masa

Bila buat bisnes, buat satu dulu sampai jadi. Kalau anda sekarang menjalankan beberapa bisnes, elok fikir masak-masak dan pilih satu yang anda rasa anda boleh buat dengan lebih baik bila fokus. Lebih-lebih kalau anda bekerja. Anda mempunyai masa yang terhad. Jadi, nak buat part-time, buat satu je dulu. Kalau tak,  satu bisnes pun tak menjadi nanti.

 

  • Tetapkan BIG WHY

BIG WHY ni sangat penting. Dengan adanya BIG WHY, bila anda down, anda akan ingat kembali sebab utama anda buat bisnes ni. Inilah pembakar semangat anda agar anda kembali berada di landasan.

 

  • Tetapkan target

Tanpa target, kita tak akan ke mana-mana. Umpama nak pergi bercuti, tapi tak tetapkan nak pergi bercuti ke mana. Akhirnya, memang tak ke mana-mana lah. 😛

Bila kita tetapkan target jangka pendek dan jangka panjang, kita akan lebih jelas dengan apa yang perlu dibuat untuk mencapai target yang telah ditetapkan.

 

Ros nak kongsikan satu sharing ni. Jemput tonton sharing dengan hati yang terbuka. 🙂

( Sediakan tisu sekali kalau boleh )

 

Kita semua pasti ada push factor hidup masing-masing kan. Sebab itu, kita akan usaha sungguh-sunguh agar impian kita tercapai. . Bagi Master Ira ni, beliau begitu bersungguh-sungguh  nak balas jasa mak dan ayah beliau.

 

Dari kecil, beliau belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dapat no 1 dalam kelas setiap tahun. Selepas itu, beliau dapat biasiswa untuk menyambungkan pelajaran ke UTP dan mendapat kerja yang bagus di Petronas.

 

Walaupun berkerja sebagai Engineer Petronas, duit poket yang dapat diberi kepada ibu bapa beliau hanya beberapa ratus je kerana realiti kehidupan masa kini yang semuanya mahal.

 

Jadi, Master Ira pun bertekad untuk pulun Shaklee habis-habisan. Beliau ada beberapa bisnes tetapi sejak buat Shaklee, beliau ingin fokus kepada bisnes Shaklee sahaja. Hasilnya dalam masa sebulan je beliau naik rank Supervisor ( rank pertama dalam Shaklee ). Menakjubkan! Begitu besarnya BIG WHY beliau.

 

Berminat nak cuba bisnes Shaklee? Hubungi Ros di 019-367 3245 sekarang juga! Jom sama-sama ke puncak!

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge