Follow:
Hamil, Tips

Tips Elak Bayi Cacat – Amalkan Sebelum Hamil Lagi

Assalamualaikum

Ramai wanita masih tak tahu yang Asid Folik sangat penting untuk mengelakkan bayi cacat. Wanita yang bercadang untuk hamil mesti mengambil Asid Folik 3 hingga 6 bulan sebelum merancang untuk mengandung. Ini termasuk ibu yang ingin hamil lagi dan wanita yang bercadang untuk berkahwin.

 

Bagi wanita yang akan berkahwin dalam masa terdekat, mana tahu anda dapat rezeki anak awal atau orang kata bunting pelamin. Eloklah anda amalkan pengambilan Asid Folik awal-awal.

 

Jom tengok kesan kekurangan Asid Folik.

 

Kesan Kekurangan Asid Folik Semasa Mengandung

Kecacatan Saraf Tunjang atau Spina Bifida

Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

 

Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku di bahagian atas. Kadang-kala sebahagian daripada otak juga turut terdedah.

spina bifidaIni akan mengakibatkan:-

  • Sakit belakang.
  • Tidak boleh mengawal buang air kecil.
  • Tidak boleh mengawal buang air besar dan sembelit.
  • Lemah atau kelumpuhan pada bahagian kaki.
  • Hilang deria rasa di bahagian yang terlibat – di mana menyebabkan kecederaan, kudis, tekanan atau kelecuran di kulit.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/

 

Di US, statistik menunjukkan dalam 1000 kelahiran, seorang bayi akan mengalami kecacatan saraf tunjang atau Spina Bifida. Kecacatan ini sebenarnya boleh dielakkan jika ibu mengambil Asid Folik yang cukup sebelum dan semasa mengandung.

 

Kajian menunjukkan kecacatan saraf tunjang boleh dikurangkan 50-70 peratus jika anda mengambil Asid Folik sebelum mengandung dan semasa trimester pertama. Semasa trimester pertama, otak bayi akan berkembang dengan pesat.

 

Selepas trimester pertama anda digalakkan untuk meneruskan pengambilan Asid Folik kerana ia boleh mengurangkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan juga mengelakkan anemia.

 

Jom tengok apa makanan yang kaya dengan Asid Folik.

 

Makanan yang kaya dengan Asid Folik

Antara makanan yang kaya dengan Asid Folik adalah:

  • Brokoli ( 1 cawan = 96 mcg Asid Folik )
  • Bayam ( 1 cawan = 263 mcg Asid Folik )
  • Kobis Bunga ( 1 cawan = 70 mcg Asid Folik )
  • Bendi ( 1 cawan = 270 mcg Asid Folik )
  • Avocado ( 1 cawan = 90 mcg Asid Folik )
  • Pisang ( 1 biji, sederhana = 20 mcg Asid Folik )
  • Betik ( 1 cawan = 50 mcg Asid Folik )
  • Oren ( 1 biji, sederhana = 40 mcg Asid Folik )
  • Almond ( 1 cawan = 46 mcg Asid Folik )
  • Kacang tanah ( 1 cawan = 352 mcg Asid Folik )

 

Keperluan harian Asid Folik ibu mengandung adalah 400 mcg setiap hari. Ini bermakna anda perlu makan sebagai contoh:

  • 1 cawan brokoli
  • 1 cawan bayam
  • 2 biji pisang

atau

  • 1 cawan bendi
  • 1 cawan bunga kobis
  • 1 biji oren
  • 1 biji pisang

atau

  • setengah cawan bayam
  • 1 cawan brokoli
  • 1 cawan betik
  • 1 biji oren
  • 1 cawan almond

Nampak macam banyak kan? Kalau anda makan nasi, daging, telur, dalam tu pun ada Asid Folik juga.

 

Di samping makan makanan yang kaya dengan Asid Folik setiap hari, Ros juga amalkan supplement tambahan Asid Folik untuk memastikan Ros dapat Asid Folik secukupnya.

 

B-Compleks Shaklee

Sebelum Ros kenal Shaklee, Ros ada makan supplement Asid Folik 400 mcg sehari. Supplement tersebut hanya mengandungi Asid Folik semata-mata. Tiada nutrisi lain.

Selepas kenal Shaklee, baru Ros tahu dalam supplement B-Compleks Shaklee ada Asid Folik sekali. B-Compleks Shaklee mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Asid Folik dan Biotin. Asid Folik atau B9 termasuk dalam 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

B complexJadual di bawah menunjukkan perbandingan vitamin B dalam B-Complex Shaklee dan juga supplement brand lain.

Dari segi harga, B-Complex Shaklee lebih berbaloi dan mempunyai kesemua 8 vitamin B penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Hanya RM 0.45 sebiji je sehari.

 

Kalau sekarang memang B-Complex antara supplement favorite Ros sebab ia turut membuatkan Ros kurang stress dan sentiasa ceria. Sewaktu hamil, emosi kita kurang stabil. Perkara kecil pun rasa nak marah kan. Ni Bonus No. 1- sentiasa ceria je.

 

Ada sesetengah ibu hamil memiliki wajah yang kusam sepanjang kehamilan. Dengan B-Complex, wajah ibu mengandung akan lebih berseri.  Ni Bonus No. 2- muka berseri je.

 

Best kan.. Kalau nak tahu bonus lain, whatsapp Ros di 019-367 3245.

 

Walau bagaimana sekali pun keadaan bayi yang lahir kelak, kita tetap perlu bersyukur. Yang mana kita boleh usahakan, kita usahakan dengan bersungguh-sungguh. Allah juga yang menentukan. Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk dapatkan sebotol B-Complex Shaklee hari ini.

 

Cara Order:

 

1. Kalau nak order sendiri, boleh klik ORDER NOW.

Kalau anda order sendiri, jangan lupa untuk whatsapp Ros di 019-367 3245 juga untuk konsultasi. Ros nak bagitau cara makan yang berkesan untuk anda- customer Ros yang tersayang!

 

2. Kalau ada nak tanya soalan apa-apa soalan berkaitan produk ini, boleh whatsapp Ros di 019-367 3245.

 

3. Kalau nak tahu macam mana nak dapat harga lagi best, boleh whatsapp Ros di 019-367 3245. Ros kongsikan bagaimana anda boleh dapat harga 15-20% lagi murah. 🙂

 

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge