Follow:
Kecantikan, Tips

Tips Dapatkan ‘Beauty Sleep’ Agar Wajah Nampak Segar Keesokkan Harinya

Assalamualaikum

Beauty Sleep amat penting untuk memastikan wajah anda nampak segar dan bermaya pagi keesokkannya. Pasti anda boleh bayangkan orang yang tidurnya tidak cukup. Kulit kusam, ada lingkaran hitam di sekitar matanya. Kulit pun berkedut di tepi hujung mata dan tepi bibir.

 

Malam ni sebelum anda masuk tidur, Ros nak kongsikan tips dapatkan beauty sleep. Mungkin anda dah pernah dengar. Tapi ada buat ke tak? 🙂

 

tips-dapatkan-beauty-sleep

 

Mesti ramai nak tahu kan. Mana-mana tips yang tak pernah buat sebelum ni, anda boleh mula buat mulai malam ni. Jangan tunggu lama-lama sampai wajah anda kelihatan tua daripada usia sebenar.

 

Tips Dapatkan Beauty Sleep

1. Tidur 8 jam setiap malam.


Dengan rutin harian yang padat di siang hari, malam pula anda perlu selesaikan kerja rumah anda sampaikan terpaksa tidur lewat. Cuba sedaya upaya untuk dapatkan tidur 8 jam setiap malam.

 

Pastikan anda masuk tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tahukan anda tidur yang paling nyenyak adalah semasa pukul 2 pagi. Jadi, pastikan anda sudah masuk tidur sebelum tu lagi.

 

jam-biologi

 

2. Bersihkan wajah sebelum tidur.


Di siang hari, kulit wajah kita memerangkap berbagai jenis kotoran termasuk asap dan debu. Kalau anda setiap hari pakai makeup, lagi kerap anda perlu mencuci muka. Sebelum tidur, pastikan wajah anda benar-benar bersih.

 

3. Lembapkan kulit dengan krim malam


Masa tidur ni lah kulit kita akan diperbaharui. Jadi, pakailah krim malam yang akan mengembalikan keremajaan kulit anda semasa tidur.

 

Seperti mana di siang hari anda menggunakan moisturizer, sebelum tidur anda kenalah pakai krim malam.

 

Kalau boleh, pilihlah produk yang sesuai dengan kulit anda. Lagi bagus kalau guna produk yang semulajadi dan tiada bahan kimia.

 

Nanti Ros kongsikan produk semulajadi yang Ros pakai sebagai panduan anda yang masih tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit. 🙂


signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge