Follow:
Travel

Tempat Menarik Di Busan Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum

Pergi bercuti merupakan bonding-time bersama keluarga. Bagi anda, suami isteri yang bekerja gunakan lah peluang pergi bercuti untuk bersama-sama dengan anak-anak. Sambil-sambil berehat, boleh beri pengalaman indah kepada anak-anak.

 

Ada yang bercadang nak pergi ke Korea Selatan? Antara tempat yang wajib anda pergi adalah Busan. Banyak yang boleh dilawati di sana walaupun anda pergi bersama anak-anak yang masih kecil.

 

Penduduk Busan sangat peramah dan baik hati. Ada-ada je makanan yang diorang beri kepada anak-anak Ros. Walaupun tak kenal, mereka tak lokek bagi biskut, pisang, gula-gula dan buah berangan kepada Luqman dan Maryam.

 

Ros suka sangat dengan Busan. Ada rezeki lagi, Ros nak  berkunjung lagi ke Busan. Jom Ros kongsikan dengan anda tempat-tempat menarik di Busan, Korea Selatan.

 

Tempat Menarik Di Busan

  • Masjid Al-Fatah

Kalau ke Busan, tak sah kalau anda tak pergi ke Masjid Al-Fatah. Setiap kali Ros pergi ke luar negara yang agama Islam bukan agama utama penduduk di situ, mesti nak tengok masjid di sana. Walaupun ada satu je masjid tetapi masjid di sana penuh dengan aktiviti.

 

masjid-al-fatah-1

 

Sementara menunggu husband Ros solat jamak di masjid, Ros teman anak-anak main di taman permainan bersebelahan. Cuaca pun elok. Seronoklah mereka main.

 

taman-permainan-masjid-al-fatah

 

Tempat pertama yang kami lawat di Busan adalah Masjid Al-Fatah ni. On day way sebelum sampai Masjid ni, kami mengisi perut dahulu di Restaurant Cappodocia.

Ada menu untuk anak kecil. Jadi tak perlu risau anak anda kelaparan.

menu-kanak-kanak

 

  • Gamcheon Cultural Village

Gamcheon Cultural Village turut dikenali sebagai “Machu Picchu of Busan”. Unik sangat perkampungan ni. Berwarna-warni pulak tu.

 

cultural-village

 

Pastikan anda memakai kasut yang selesa sebab anda bakal mendaki di celah-celah rumah yang dibina di lereng bukit. Sambil-sambil jalan, perhatikan rumah yang anda jumpa.

 

Kalau dengan anak kecil, pastikan anda bawa baby carrier. Senang nak kendong. Lagi senang bila anak tidur dalam carrier. Tak perlu berhenti. Anda masih boleh teruskan perjalanan.

cultural-village-ros-famili

 

Unik kan rumah ni dengan tangga comel ni. 🙂

tangga-kecil

 

  • Yongdusan Park

Selain daripada Gamcheon Cultural Village, anda juga patut melawat Yongdusan Park. Taman ini sangat luas. Ia ada beberapa tarikan di sini seperti Busan Tower, Flower Clock, Bronze Dragon tower dan sebagainya.

 

Yongdu bermaksud kepala naga sementara san bermaksud gunung. Orang Korea dulu-dulu percaya tempat ini ada semangat kalahkan musuh yang datang dari laut.

 

Luas kan taman ni..

yongdusan-park

 

Flower Clock atau jam bunga di Yongdusan Park berlatar belakangkan Busan Tower. Jam ni lebih simple kalau nak dibandingkan dengan jam bunga di Vienna.

busan-tower-clock-flower

 

Yang penting, di Yongdusan Park anda boleh relax sambil duduk di bawah pokok memerhatikan gelagat orang. Masa ni Luqman pun dah penat.

 

yongdusan-park-tido

 

Sementara tunggu Luqman bangun, Ros dan Maryam jalan-jalan dulu di sekitar taman ni.

busan-tower-maryam

 

Lepas tu, husband Ros pula jalan-jalan dengan Maryam sementara Ros temankan Luqman.

busan-tower-maryam-abi

 

  • Busan Tower

Busan Tower dibina pada tahun 1973. Ianya setinggi 118 meter dan boleh nampak permandangan Busan.

 

Luqman dan Maryam seronok kejar-kejar burung merpati.

busan-tower-luqman-maryam

 

Disebabkan masa yang terhad, ada juga tempat yang Ros rancang nak pergi tapi tak sempat. Biasalah travel dengan anak-anak, kena ikut timing mereka juga.

 

Antara tempat-tempat lain yang anda boleh lawati di Busan adalah:

 

  • Haeundae Beach :  salah satu pantai yang cantik di Korea. Dengar kata, ada kebab halal dijual di sana. 
  • BIFF Square : tempat ni kami singgah sekejap je.
  • Jagalchi Market: kalau anda peminat seafood, jangan lupa cuba makanan laut di sini. Ros dan husband tak minat seafood sangat. Jadi, kami tak singgah lama-lama di sini.
  • Gwangan Bridge dan Gwangali Beach: orang kata permandangan waktu malam di sini sangat cantik. Lain kali boleh pergi sini pula.

 

Setakat ini perkongsian Ros tentang tempat-tempat menarik di Busan.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge