Follow:
Penyusuan, Tips

Teknik Power Pumping Untuk Tambah Susu

Assalamualaikum

Teknik power pumping telah terbukti boleh menambahkan susu ibu yang sedikit. Ros pun cuba kaedah ini semasa Ros ada masalah susu semakin merundum semasa menyusukan Luqman dahulu.Selepas seminggu buat power pumping baru Ros nampak kesannya. Ada juga yang nampak hasilnya seawal 3 hari. Oleh itu, Ros nasihatkan anda supaya sabar jika susu yang diperah masih sama kuantitinya. Teruskan buat power pumping setiap hari. InsyaAllah akan nampak juga hasilnya nanti.

Mungkin ada yang tak tahu apa itu power pumping. Ia bukan sesi mengepam yang biasa kita buat setiap 3 jam itu.

Apa itu power pumping?

Power pumping adalah satu teknik meniru kekerapan penyusuan bayi yang tengah growth spurt. Biasanya semasa growth spurt, bayi menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama menghisap. Kekerapan menyusu dan hisapan ini merembes hormon prolaktin dari kelenjar pituitari dan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

 

Bagaimana untuk membuat power pumping?

 

Jika anda menggunakan double pumping breast pump, ikut cara di bawah:

1. pam selama 10-20 minit, rehat 10 minit

2. pam selama 10 minit, rehat 10 minit

3. pam selama 10 minit, rehat 10 minit

 

Jika anda menggunakan single pumping breast pump, ikut cara di bawah:

1. pam payudara kiri 10 minit

2. pam payudara kanan 10 minit

3. pam payudara kiri 10 minit

4. pam payudara kanan 10 minit

5. pam payudara kiri 10 minit

6. pam payudara kanan 10 minit

 

Dengan menggunakan teknik power pumping, anda akan mengepam selama 30-40 minit dalam masa sejam. Kekerapan mengosongkan payudara ini akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan lebih cepat.

Masa yang sesuai untuk melakukan power pumping adalah di waktu awal pagi. Ros selalu buat dahulu dalam pukul 1-2 pagi. Sekarang ni, Ros biasa buat selepas Maryam dah tidur dalam pukul 11 malam sebelum Ros masuk tidur.

 

Selain power pumping, Ros juga amalkan makan makanan penggalak susu seperti kurma dan madu. Ros juga ambil supplement Set Menyusu Shaklee untuk membantu Ros kekal cergas dan tidak stress. Stress and ibu rasa letih dan penat antara penyebab susu merundum teruk.

Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk atasi masalah penyusuan anda dengan Set Menyusu Shaklee. Ros akan bantu anda untuk nampak hasilnya secepat mungkin. Apa pun, anda kena kental dan kuat semangat untuk menyusukan anak tersayang selama 2 tahun. Usah bertangguh lagi.

 

Bagaimana nak dapat Set Penyusuan?

Untuk pembelian pantas, anda boleh klik button “PESAN SEKARANG” di bawah:

 

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.

Selepas pembelian, klik sini >> www.wasap.my/60193673245/CaraMakan untuk Ros berikan cara makan yang eksklusif untuk customer Ros.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply syuhada

    Syu pun amalkn power pumping nie..mmg membantu sgt2 utk naikkn susu…
    syuhada recently posted… Shaklee Bagi Kesan Pada Hidup Saya? Betul ke?My Profile

    7 May 2015 at 6:16 pm
    • Reply Ros

      seminggu sekali mesti buat. kalau ada masalah susu sikit, setiap hari mesti buat kan syu?

      8 May 2015 at 6:49 am
  • Reply Ros Lina Ismail

    As salam..adakah susu akan bertambah sekiranya saya mengamalkan set menyusu shaklee tanpa alfafa..saya mempunyai thalasemia..terima kasih..

    26 January 2017 at 3:37 am
    • Reply Ros

      Paling penting nak banyakkan susu ibu adalah konsep supply dan demand.
      Puan Roslina boleh whatsapp saya terus di 019-367 3245 untuk konsultasi.

      28 January 2017 at 10:45 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge