Follow:
Anak-anak

Tanda Bayi Bersedia Untuk Makan- Panduan Untuk Ibu Baru

Assalamualaikum

Ibu disarankan agar memperkenalkan makanan pejal selepas bayi berumur 6 bulan. Jika diperkenalkan terlalu awal, dikhuatiri usus bayi belum matang untuk memproses makanan lain selain susu ibu. Ia juga untuk mengelakkan sebarang risiko alergik.

Semasa lahir, bayi mempunyai stok zat besi untuk keperluan diri sendiri. Walau bagaimana pun selepas 6 bulan, simpanan zat besi tersebut habis. Kerana itulah, makanan pejal perlu diperkenalkan untuk memberi nutrisi tambahan seperti zat besi.

Kadang-kadang seminggu dua sebelum bayi masuk 6 bulan, bayi dah mula tunjuk tanda bersedia untuk makan.

Sewaktu Maryam nak masuk 6 bulan, Maryam dah tunjuk tanda-tanda nak makan. Tapi Ros nak tunggu 6 bulan juga sebab lagi beberapa hari je lah.

Antara tanda yang Maryam tunjuk..

Tanda Bayi Bersedia Untuk Makan

  • mulut kelihatan seperti mengunyah
  • cuba mengambil makanan dari pinggan
  • sudah boleh duduk dengan sedikit bantuan

 

Pertama kali beri Maryam makan, semua ahli keluarga teruja nak tengok. Tok dengan Wan pun ada. Kebetulan mereka datang melawat. Dapatlah mereka saksikan juga detik-detik Maryam makan.

Bagaimana memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?

  • pangku bayi semasa makan dan pastikan bayi duduk dengan selesa

Maryam dipangku oleh Tok dia sementara Ros suapkan puri avocado. Anda juga boleh duduk bayi di dalam bumbo seat.

  • beri bayi makan puri yang suam

Ros akan campurkan puri tadi dengan susu ibu yang telah dipanaskan. Bila dah sejuk sedikit, baru Ros bagi.

  • beri dalam kuantiti yang sedikit

Disebabkan bayi belum pernah makan, bagi bayi rasa sedikit dahulu. Mungkin dia akan rasa pelik kerana hanya minum susu ibu sahaja.

  • tapis puri supaya tiada ketulan yang besar

Awal-awal tu, Ros akan tapis puri supaya tiada ketulan yang besar yang boleh menyebabkan Maryam tercekik.

  • beri ketika bayi lapar

Seeloknya beri ketika bayi lapar. Boleh juga beri bayi minum susu ibu sedkit, lepas tu beri puri supaya dia tidak terkejut.

Untuk pertama kali makan, bayi mungkin menolak makanan pejal. Anda jangan putus asa. Perkara ini adalah normal. Anda boleh cuba lagi pada masa yang lain. Lambat laun bayi anda pasti boleh menerima makanan juga. Ia sebahagian daripada proses tumbesarannya.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply titan

    anak baru 2 bulan.

    lom leh bagi lagi nih..
    titan recently posted… Servis Photo Book Design dari Foto-ZZoomMy Profile

    8 July 2015 at 3:18 am
  • Reply Ibu Zarith

    hehe…seronok bila tengok Zayra dok mengejar makanan sekarang ni
    Ibu Zarith recently posted… 8 Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes) Agar Tak Kena Potong KakiMy Profile

    9 July 2015 at 8:53 am
  • Reply nila anggraini

    info yang sangat bermanfaat admin. Anak saya sekarang dah setahun, banyak benda dah boleh ditelannya. Seronok masa anak umo 6 bulan, makan nasi bubur yang senang nak buat. sekarang dah setahun tak nak pulak dia makan bubur.
    nila anggraini recently posted… Bahaya Tiroid Pada KehamilanMy Profile

    4 August 2015 at 1:03 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge