Follow:
Hamil, Tips

[Infografik] Senarai Barang Untuk Dibawa Ke Hospital Sebelum Bersalin

Assalamualaikum

Bila dah masuk trimester ke-3, ibu hamil dah kena mula packing barang untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin nanti. Semasa pergi check up, nurse dan doktor akan nasihatkan supaya sediakan beg ke hospital awal-awal supaya bila dah ada tanda-tanda bersalin boleh terus ke hospital.

Barang yang perlu dibawa adalah barang keperluan ibu dan anak yang bakal lahir. Ros senaraikan di bawah sebagai panduan untuk anda.

Senarai Barang Untuk Dibawa Ke Hospital

Barang Keperluan Ibu

  • kain batik x 2
  • stokin x 2
  • selipar
  • tuala mandi
  • maternity pad dan seluar dalam pakai buang
  • nursing bra dan nursing pad
  • keperluan penjagaan diri ( sikat, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan shower gel)
  • baju untuk pulang ke rumah
  • cawan, sudu dan garfu
  • makanan ( milo3in1, biskut)

 

Barang Keperluan Bayi

  • baju newsborn x 4
  • pampers newsborn x 20
  • topi newsborn x 2
  • mitten dan booties x 4
  • receiving blanket
  • tuala bayi
  • barut x 4
  • bedung x 2
  • wipes
  • minyak telon

 

Kalau bersalin normal, hari ini bersalin esok keluar, cukup bawa banyak tu je. Kalau kena tahan atas sebab-sebab tertentu, boleh minta suami bawakan kemudian.

Disebabkan Ros tak ada beg besar, Ros asingkan barang Ros dan barang bayi. Lepas dah siap packing, terus letak kedua-dua beg di dalam kereta. Pastikan juga IC dan buku merah sentiasa bersama anda. Selain daripada barang di atas, Ros juga standby supplement Zinc daripada Set Bersalin yang Ros guna untuk cepatkan pemulihan luka bersalin.

Dah bersalin nanti, jangan lupa berpantang elok-elok. Badan kita nak guna lama kan. 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply 5 Barang Yang Perlu Dibawa Ke Labour Room | Coretan Ros Ahmad

    […] letak 5 barang ni dalam beg plastik kecil supaya senang nak bawa. Beg yang ada barang keperluan ibu dan bayi biarkan dahulu di dalam kereta. Selepas bersalin, bila dah dapat bilik, baru Ros minta suami bawa […]

    14 May 2015 at 8:04 am
  • Reply suri

    hamil dan saat nak melahirkan bayi saat menggujakan tambah lagi masa dapat tengok bby keluar nanti ya tak hee…
    suri recently posted… Resepi Mee Hailam Sedap Gelap Asyik Cahayacinta.comMy Profile

    14 May 2015 at 3:47 pm
  • Reply Keadaan Ibu Selepas Bersalin | Coretan Ros Ahmad

    […] Selepas bersalin, anda akan berasa sangat lapar. Pastikan anda ada pack biskut atau 3in1 milo di dalam beg ke hospital. […]

    19 May 2015 at 7:44 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge