Follow:
Penyusuan, Tips

Sejam Pertama Selepas Kelahiran

Assalamualaikum

Menyusukan bayi secepat mungkin dalam masa sejam pertama selepas kelahiran amat penting untuk merangsang penghasilan susu. Ketika ini, bayi berada dalam keadaan tenang dan peka. Sentuhan kulit ke kulit selama 10 minit dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak baru lahir.

Teringat lagi ketika bersalinkan Luqman, nurse letak Luqman di dada Ros untuk menyusu. Selepas beberapa ketika baru Luqman diambil dan dibersihkan. Lain pula ketika bersalinkan Maryam. Selepas kelahiran nurse hanya tunjukkan Maryam kepada Ros sekejap sebelum diambil untuk pemeriksaan dan dibersihkan.

Ros ingat bersalin di hospital yang sama walaupun hospital rakan bayi, bayi akan diletakkan di atas dada ibu untuk disusukan. Peringat untuk diri Ros dan yang lain: Sebelum bersalin, beritahu doktor dan nurse supaya letakkan bayi di atas anda sebaik dia dilahirkan.

Apa yang perlu dilakukan dalam masa sejam pertama selepas kelahiran?

1. bayi diletakkan di atas anda

2. pastikan berlaku sentuhan kulit ke kulit, perut ke perut dan pipi bayi ke payudara

3. belakang bayi disokong, bukan kepala bayi

4. pastikan kepala bayi berhadapan dengan payudara

5. sokong payudara supaya bayi boleh melekap

 

Walaupun susu tidak keluar lagi, teruskan menyusu bayi dengan kerap. Rangsangan hisapan bayi adalah paling kuat dalam tempoh 20-30 minit selepas kelahiran. Selepas beberapa ketika, susu awal akan keluar. Susu awal atau kolostrum ini akan membina sistem imun badan bayi kerana mengandungi antibodi yang tinggi. Kolostrum juga dapat mengurangkan jaundis kerana lagi kerap bayi disusukan, lagi banyak bilirubin dapat disingkirkan.

Penyusuan awal susu ibu ada banyak manfaatnya. Antaranya mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga membantu mengecutkan rahim dengan cepat untuk elakkan masalah tumpah darah selepas bersalin.

Penyusuan awal susu ibu juga mempengaruhi proses penyusuan yang seterusnya. Ada kenalan Ros ni, beliau ingin menyusukan anak sepenuhnya. Tapi selepas bersalin, bayi beliau terus diberikan susu formula tanpa pengetahuan beliau. Akibatnya, bayi tidak mahu menyusu direct. Kerana mahu bayi beliau mendapat khasiat susu ibu, beliau pam dan beri susu ibu melalui botol. Ingat beritahu doktor dan nurse supaya letakkan bayi di atas anda selepas kelahiran ye!

Jom tunaikan hak anak kita. Semoga bermanfaat untuk ibu di luar sana. 🙂

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Ila Halilah

    Good info ros . Ramai yang tak tahu sebenarnya sejam pertama tu lah yang sgt penting utk susukan bayi. Ramai ibu yang awal- awal dah give up terus beri susu formula , sedangkan stimulation tu yang penting.
    Ila Halilah recently posted… Kenapa Ibu Terkena Bentan Ketika Pantang?My Profile

    9 May 2015 at 10:37 am
  • Reply suri

    whah saat yang tunggu oleh setip bakal mom..selamat hari ibu
    suri recently posted… DIY Cara Buat Gubahan Bunga Tangan Felt PengantinMy Profile

    12 May 2015 at 9:19 pm
    • Reply Ros

      Terima kasih Suri <3 <3 <3

      14 May 2015 at 7:15 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge