Follow:
Bisnes

Sediakan 6 Tabung Ini Untuk Pengurusan Kewangan Yang Lebih Baik

Assalamualaikum

Pernah anda dengar pasal 6 tabung? Kalau belum, biar Ros kongsikan dengan anda. Tujuan diadakan 6 tabung ni adalah untuk uruskan kewangan kita. Dengan mengamalkan konsep 6 tabung ni, kita lebih nampak berapa kita peruntukkan setiap bulan untuk keperluan tertentu.

 

Pendapatan atau gaji yang kita dapat setiap bulan, patut dibahagikan kepada 6 jenis tabungan ni.

 

6 Tabung:

55% – NEC

(necessities untuk bayar loan rumah, loan kereta, segala bil-bil, hutang kredit card, taska anak, barang dapur)

 

10% – FFA

(financial freedom atau wang untuk masa tua nanti)

 

10% – LTSS

(long term saving for spending contohnya untuk byr apa-apa yang perlu nanti. Untuk repair aircond ke, beli katil anak ke, beli oven baru ke)

 

10% – EDU

(self-education untuk tingkatkan ilmu diri kita seperti beli buku, pergi ke class berbayar )

 

10% – PLY

(play @ self-nurturing untuk reward keluarga dengan makan-makan atau pergi zoo. Anda juga boleh guna duit dari tabung ni untuk bawa famili bercuti ke luar negara sebagai perhargaan kepada pasangan dan anak-anak kita yang menyokong usaha keras kita tingkatkan ekonomi keluarga )

 

5% – GIV

(charity untuk zakat dan sedekah. Sedekah tidak mengurangkan harta kita tetapi akan melipat-gandakan lagi rezeki kita dari arah yang tidak disangka-sangka)

 

Satu lagi tabung ni, anda boleh adakan khas untuk sedekah kepada ibu bapa.

10% – PAR (parents)

 

Bila anda buat 6 tabung ni dan rasa tabung NEC kita tak cukup, maka anda kenalah tambah dan tingkatkan pendapatan bulanan. Boleh buat bisnes secara part-time contohnya bisnes Shaklee.

 

InsyaAllah bila kita amalkan 6 tabung ni, kewangan kita lebih terurus. Simpanan pun makin bertambah. Kalau tak, duit saving masuk di awal bulan. Tapi keluar pula di hujung bulan. Jadi, memang takde simpanan. Duit gaji habis dibelanjakan semuanya.

 

Kalau anda belum pernah buat, anda boleh mulakan daripada sekarang. Kira siap-siap berapa kena masuk setiap tabung ni. Nanti bila gaji masuk, boleh terus pindahkan ke dalam tabung-tabung ni.

 

p/s: Tengah bulan ni masuk gaji daripada pendapatan kedua Ros. Kalau anda juga nak merasa dapat gaji di tengah bulan, meh lah whatsapp Ros di 019-367 3245.

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Zarith pun dah mula buat untuk tahun ni hehe
    Ibu Zarith recently posted… Tips Menabung Dengan 7 TabungMy Profile

    16 January 2017 at 4:44 pm
  • Reply jida

    yang penting kena disiplin untuk menabung. simpan siap-siap masa awal gaji, barulah tak tersalah guna
    jida recently posted… 9 Punca Kulit Menjadi Kering dan KasarMy Profile

    20 July 2017 at 11:05 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge