Follow:
Resepi

Sayur atau Buah? Yang Mana Patut Diberi Dahulu Kepada Bayi 6 Bulan.

Assalamualaikum

Makanan pertama Maryam ialah avocado. Lepas tu Ros ada buat puri yang lain untuk Maryam. Orang kata, beri bayi makan sayur dahulu sebelum perkenalkan buah. Buah kan manis rasanya. Kalau bagi buah dahulu, mungkin bayi tak nak makan puri sayur nanti. Tapi Ros perkenalkan buah dahulu kepada Maryam. Lepas tu, memang Maryam ambil masa juga nak menerima rasa lobak merah. Tapi Maryam suka betul dengan brokoli. 🙂 So buah ke sayur? Terpulang pada anda. Kita kena try and error.

Ros bagi avocado, pisang, pir, epal merah selepas tu baru beri lobak merah, brokoli. Ros belum pernah bagi labu kerana takut Maryam kembung. Minggu pertama dan kedua tu, Ros tak campur lagi puri tu. Minggu ketiga dan keempat, baru Ros campur pir+epal merah. Lobak+brokoli.

Jom tengok cara nak sediakan puri buah dan sayur ini.

Cara Menyediakan Puri

1. potong buah/sayur pilihan anda kecil-kecil

2. stim buah/sayur

3. bila dah sejuk, blend buah/sayur tadi bersama sedikit air masak

4. tapis puri buah/sayur

Minggu pertama Maryam makan , Ros tapis. Minggu kedua Maryam makan, Ros tengok Maryam dah boleh makan yang tak ditapis. Tapi Ros akan make sure blend sampai betul-betul halus. Tiada ketulan buah/sayur yang tidak diblend.

5. Ambil sedikit puri dan campur susu untuk cairkan lagi puri sebelum beri pada anak.

6. simpan lebihan puri tadi dalam bekas tupperware kecil, BPA free

Ros biasa simpan dalam satu tupperware untuk sekali makan. Ros akan gunakan dalam masa seminggu untuk menjamin kesegaran puri tu.

 

Untuk ibu-ibu bekerjaya, boleh buat di hujung minggu stok untuk seminggu. Ros biasa buat untuk 2-3 hari je. Untuk bekalan Maryam di taska, Ros akan bekalkan 2 tupperware. Tapi bila Maryam dah 7 bulan, lain pula cara Ros sediakan makanan pejal untuk Maryam. Maryam dah makan banyak sekarang. 🙂 Nanti Ros kongsikan cara cepat untuk sediakan makanan pejal untuk bayi 7 bulan. Sesuailah dengan ibu-ibu yang busy tapi masih nak masak untuk anak.

Walaupun Maryam dah mula makan makanan pejal, Ros masih menyusukan Maryam dengan susu ibu. Kebiasaannya bila anak dah mula makan, susu ibu boleh merundum. Jom tengok apa Puan Farah lakukan untuk banyakkan semula susu ibu sampai freezernya penuh dengan stok EBM.

 

Hubungi Ros di 019- 367 3245 untuk dapatkan Set Penyusuan Premium yang sama macam Puah Farah. Kenapa Premium? Set ini lengkap untuk anda kekal cergas walaupun terpaksa berjaga malam untuk menyusukan anak dan juga membuat power pumping. Anda juga mampu menangani stress dengan lebih baik. Ros akan beri tips dan panduan lain bagaimana nak makan supplement tersebut supaya anda dapat melihat kesannya dengan lebih cepat. Lepas ni nak kena minta suami belikan deep freezer lah sebab banyak sangat stok EBM.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Aah la ek, tak pernah terfikir antara dua ni. Masa Zuyyin dulu bagi pisang dulu =)
    Ibu Zarith recently posted… Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi?My Profile

    16 April 2015 at 3:55 pm
  • Reply Cara Menyediakan Makanan Bayi Setiap Hari | Coretan Ros Ahmad

    […] dulu, Ros buat puri. Sekarang ni Ros bagi bubur nasi yang ditambah sayur atau buah kepada Maryam. Ros nak share cara menyediakan makanan […]

    28 May 2015 at 8:04 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge