Follow:
Resepi

Resepi Nasi Goreng Simple Yang Anak Kecil Pun Boleh Makan

Assalamualaikum

Adanya masanya, mak-mak perlukan resepi yang simple dan senang untuk dimasak. Yang boleh guna apa yang ada di dalam peti sejuk. Bukan malas. Tetapi dah tak tahu nak masak apa lagi. Nak makan kat luar, belum gaji lagi.

 

Tengok dalam periuk, nasi semalam masih ada. So, yang paling senang dan tak nak membazir, buat nasi goreng lah kan.

 

resepi-nasi-goreng

Anda mesti dah tau kan macam mana nak buat nasi goreng. Banyak resepi nasi goreng kat luar tu. Tapi nak senang, main campak-campak je. Tup tup siap dah. Sedap makan panas-panaskan.

 

Jom tengok resepi nasi goreng simple Ros. Ada yang kata Nasi Goreng Terjun. 🙂

 

Resepi Nasi Goreng Simple Yang Anak Kecil Pun Boleh Makan
Recipe type: Nasi
 
Ingredients
  • Nasi
  • Kacang buncis
  • Ikan bilis
  • Telur
  • Bawang merah, bawang putih
  • Sedikit cabai melaka
  • Sos tiram
  • Garam
Instructions
  1. Goreng ikan bilis sampai garing dan angkat
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  3. Masukkan kacang buncis dan cabai melaka
  4. Masukkan sos tiram
  5. Pecahkan telur
  6. Gaul telur supaya hancur
  7. Masukkan nasi
  8. Gaul sehingga sebati

 

 

Pagi-pagi kalau ada nasi lebih ni, boleh goreng buat bekal makan masa breakfast atau lunch. Jimat pun jimat.

 

Hari-hari makan kat food court, sampai tak tahu nak makan apa pula. Sekali sekala bawa bekal dari rumah apa salahnya. Lebih sihat sebab kita boleh kawal banyak mana garam nak diletak.

 

Ros suka letak sayur banyak-banyak tau. Kadang-kadang bila potong, eh banyak juga sayur ni. Tapi masukkan je semua. Penting makan pelbagai jenis sayuran supaya kita dapat semua nutrisi yang diperlukan.

 

Lagi elok, kalau anda ambil supplement tambahan seperti mulvitamin Shaklee yang lebih dikenali sebagai Vitalea. Untuk kanak-kanak pun ada. Bagi anak yang cerewat dan memilih makanan, ambil Vitalea for Children supaya mereka dapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka.

 

Nak order multivitamin Shaklee, boleh hubungi Ros di 019-367 3245. Konsultasi percuma buat pelanggan Ros tersayang. 🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Aryn Fadz Lee

    Betul.. Kalau bawa makanan dari rumah, boleh kawal penggunaan garam atau apa2 perasa dalam makanan
    Aryn Fadz Lee recently posted… IBU BERPANTANG CEPAT CERGAS DENGAN SET BERPANTANG / BERSALIN SHAKLEEMy Profile

    29 September 2016 at 10:43 am
    • Reply Ros

      ya betul Aryn.

      7 October 2016 at 7:37 am
  • Reply jida

    Walaupun simple tapi sedap. Lagi2 masakan air tgn ibu. Anak2 pasti suka..tq share resepi..❤
    jida recently posted… Omega Guard Shaklee Terbaik Untuk Anak-AnakMy Profile

    2 October 2016 at 12:55 am
  • Leave a Reply to Ros Cancel Reply

    Rate this recipe:  

    CommentLuv badge