Follow:
Resepi

Resepi Nasi Beriani Untuk Keluarga Kecil- Cepat Dan Senang

Assalamualaikum

Berbuka apa semalam? Semalam Ros buat Nasi Beriani lagi. Dah 2 kali buat setakat ini untuk berbuka. Bagi Ros, resepi ni senang sangat. Tumis-tumis lepas tu masukkan dalam periuk nasi. Biar sampai nasi masak.

beriani

Sambil tunggu nasi masak, Ros akan menyusukan Maryam dulu. Dah siap menyusu, Ros akan grill ayam yang telah diperap dengan rempah Tandoori. Sambil-sambil tu Ros akan buat air asam.

Jom tengok resepi nasi beriani yang cepat dan senang ni. Sesuai untuk keluarga kecil- 2 dewasa, 1 kanak-kanak 3 tahun :). Maryam tak termasuk lagi.

Resepi Nasi Beriani Untuk Keluarga Kecil
Author: 
Recipe type: Main
Cuisine: Malay
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Nasi Beriani yang sedap. Nak masak selalu pun boleh. Senang pun senang.
Ingredients
  • 2 cwn beras basmati
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas
  • 1 inci halia
  • kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
  • 1 sudu besar rempah beriani Faiza ( dibancuh dengan ½ cwn air )
  • ½ cwn susu segar
  • 1 sudu teh gula
  • ½ kiub ayam
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit kismis
  • margerin untuk menumis
Instructions
  1. basuh beras basmati dan letak di dalam periuk nasi elektrik
  2. panaskan sedikit margerin di dalam periuk kecil
  3. masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
  4. bila dah wangi, masukkan bawang besar, bawang putih dan juga halia
  5. tumis sehingga layu
  6. masukkan bancuhan rempah beriani Faiza
  7. tumis sehingga pecah minyak
  8. masukkan 1 cawan air, gula dan kiub ayam
  9. bila dah sebati, tuang ke dalam periuk nasi tadi
  10. tambah susu segar dan kacau biar semua sebati
  11. masak nasi seperti biasa
  12. bila air dah kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat
  13. taburkan kismis di atas nasi
  14. biar nasi masak

 

Disebabkan Ros tak buat acar timun, Ros akan potong halus-halus setengah batang lobak merah dan masukkan lobak merah tu sekali ke dalam periuk nasi. Kadang-kadang Ros letak tomato yang telah didadu juga. Sekurang-kurangnya ada juga sayur kan.

Ros selalu letak kismis sahaja sebab Luqman selalu minta nak makan nasi dengan kismis. Nasi beriani la tu. 😛 Anda nak tambah gajus pun boleh.

Biasanya selepas berbuka akan ada lebih untuk makan sahur nanti. Sahur tak payah masak dah.

Mungkin ramai yang rasa leceh nak buat beriani ni. Tapi bagi Ros, lagi cepat berbanding nak masuk lauk lain. Kalau ada banyak masa, baru Ros akan buat kari ayam.

Selamat mencuba.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

7 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Seedapnyaaaa tak sangka kak ros pandai masak nasik beriani. Boleh ambil tempahan untuk kenduri kahwin la lepas ni hehe
    Ibu Zarith recently posted… Cara Bayar Fidyah dengan Maybank 2uMy Profile

    25 June 2015 at 3:30 pm
  • Reply eva

    lama dah tak makan nasi beriani.rindu pula..mari try resepi ikan petang ni http://aveheart.com/223/5-resepi-ikan-yang-pasti-sedap-mudah-dan-gerenti-jadi/

    1 July 2015 at 4:52 pm
  • Reply Riza Afzan Asri

    Sedapnya nasi beriani. Memang nasi berperisa macam ni lebih cepat di sediakan. satu nasik satu lauk. selesai. Pastu beli salad campur kat Aeon. hihi
    Riza Afzan Asri recently posted… 6 Tips Mudah Cerdaskan Minda Dan Tajamkan Ingatan Anak Umur 1-2 TahunMy Profile

    7 July 2015 at 12:52 am
    • Reply Ros

      Ros pun selalu juga beli salad supaya ada sayur juga. Takde lah nasi dengan ayam je. nak juga ada warna hijau.

      7 July 2015 at 7:39 am
  • Reply syuhada amir

    Sedapnya…nnt raya pun blh cuba buat nie…hidang utk open house…hehehe…:)
    syuhada amir recently posted… Tips Potty Training Anak Supaya Tak Payah Beli Pampers LagiMy Profile

    14 July 2015 at 6:04 pm
  • Reply hanim

    salam nak tanya rempah beriani tu satu sudu besar ke

    5 April 2016 at 12:30 pm
    • Reply Ros

      waalaikumsalam sis hanim.
      aah satu sudu besar. 🙂

      6 April 2016 at 7:35 am

    Leave a Reply

    Rate this recipe:  

    CommentLuv badge