Follow:
Resepi

Resepi Minum Petang Yang Mudah- Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum

Apa yang selalu anda buat untuk minum petang ye? Hujung minggu kalau di rumah, Ros selalu buat resepi minum petang yang mudah je. Nak alas perut sementara tunggu waktu makan malam. Resepi yang selalu Ros buat untuk minum petang adalah cucur ikan bilis.

 

cucur ikan bilis

 

Jom tengok sama tak macam versi anda. Kalau lain, boleh la cuba nanti. 🙂

 

Resepi Minum Petang Yang Mudah- Cucur Ikan Bilis
Recipe type: Appetizer
Cuisine: Malay
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sebiji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit baking powder
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sebiji bawang besar
  • Air
  • Ikan bilis
  • Minyak untuk menggoreng
Instructions
  1. Pecahkan telur ke dalam tepung gandum
  2. Bancuh tepung gandum bersama air
  3. Masukkan garam, kunyit, serbuk lada hitam
  4. Gaul sehingga sebati
  5. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat
  6. Potong bawang dan gaul bersama bancuhan tepung
  7. Masukkan ikan bilis dan gaul
  8. Panaskan minyak
  9. Bila dah panas, sudukan bancuhan ke dalam minyak
  10. Goreng sehingga kekuningan

 

Ros suka resepi ni sebab ada rasa pedas-pedas sikit sebab ada lada hitam.  Sedap dimakan bila dicicah bersama sos cili. Kalau rajin boleh buat kuah kacang kan. Luqman dan Maryam pun suka makan cucur ikan bilis ni. Diorang makan begitu sahaja.

 

Kadang-kadang breakfast pun, Ros buat cucur ikan bilis ni. Senang dan cepat. 🙂

 

Jangan lupa cuba resepi ni juga. << Resepi Nasi Beriani >>

 

Selamat mencuba.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Sedap kan bila buat minum petang ni =)
    Ibu Zarith recently posted… 9 Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil Atau Selepas BersalinMy Profile

    24 November 2015 at 5:06 am
    • Reply Ros

      sedap makan panas-panas.

      24 November 2015 at 8:56 am

    Leave a Reply

    Rate this recipe:  

    CommentLuv badge