Resepi Mee Kungfu Simple Yang Anak Pun Boleh Makan

Assalamualaikum

Hari ni Ros nak kongsi resepi mee kungfu simple. Kecil-kecil dulu Ros tak pernah makan. Pertama kali Ros dengar pasal mee kungfu dan kuey teow kungfu ni pun waktu duduk di asrama sekolah menengah dulu. Ros tanya kawan Ros kenapa nama mee/kuey teow ni kungfu. Kawan Ros bagitau sebab bila letak kuah, mee tu akan berbunyi ala-ala tengah berkungfu. Tapi kalau guna kuey teow, takde pula berbunyi macam tu. Betul ke bunyi macam tengah berkungfu?

 

Rupanya senang je nak buat. Eloklah kita masak sendiri di rumah, baru puas makan. Luqman pun suka makan mee kungfu ni sebab tak pedas. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat mee kungfu.

Resepi Mee Kungfu Simple
Recipe type: Main
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • sebungkus mee kuning
  • 4 biji telur
  • isi ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 pokok sawi/kailan
  • 1 batang lobak merah
  • semangkuk kecil bunga kobis
  • sedikit minyak masak
  • sedikit lada hitam
  • sedikit lada sulah
  • sos tiram
  • garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 setengah cawan air
Instructions
  1. tumis bawang putih yang telah dihiris halus
  2. masukkan isi ayam
  3. masukkan air
  4. masukkan lada sulah dan lada hitam
  5. masukkan lobak merah
  6. masukkan tepung jagung yang telah digaul dengan sedikit air
  7. biarkan mendidih
  8. masukkan bunga kobis dan sawi/kailan
  9. untuk mee pula, pukul sebiji telur
  10. ambil ¼ mee dan gaul bersama bancuhan telur tadi
  11. masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga garing
  12. ulang untuk 3 bahagian mee lagi

 

Kalau anda nak buat, tak perlu ikut sebiji-sebiji cara di atas. Adjust ikut tekak masing-masing. Husband Ros kurang gemar kalau letak bancuhan tepung jagung tu. So Ros tak letak. Sayur pun tengok apa yang ada dalam peti sejuk. Kalau ada udang, boleh masukkan udang juga. Janji rupa dan rasa mee kungfu tu ada..

 

Selamat mencuba!

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rate this recipe:  

CommentLuv badge