Follow:
Resepi

Resepi Kerabu Taugeh- Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum

Baru-baru ni Ros teringin nak makan kerabu taugeh. Tak sempat nak makan masa balik kampung hari tu. Terus Ros minta Encik Suami buatkan kerabu taugeh ni. Weekend tu kitorang cari bahan-bahan kat Tesco. Lepas dah siap, Ros minta resepi kerabu taugeh ni dari Encik Suami supaya Ros boleh kongsikan dengan anda semua. 🙂

 

resepi kerabu taugeh

Senang juga nak buat..

 

Jom tengok resepi kerabu taugeh ni.

Resepi Kerabu Taugeh- Simple Tapi Sedap
Cuisine: Kerabu
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • Taugeh - 2 genggam
  • Serai - 1 batang
  • Udang kering - 1 sudu besar
  • Bunga Kantan
  • Bawang besar
  • Limau nipis
  • Kerisik- 2 sudu besar
  • Garam
Instructions
  1. Taugeh dicelur sebentar
  2. Hiris nipis bawang besar
  3. Serai dihiris nipis/ dicincang
  4. Bunga kantan dihiris nipis
  5. Udang kering ditumbuk halus
  6. Campurkan taugeh, serai, bunga kantan, bawang dengan kerisik dan udang kering
  7. Gaul sehingga sebati
  8. Perah limau nipis
  9. Perasakan dengan garam

 

Sebenarnya, Encik Suami tak letak pun bunga kantan sebab tak jumpa di Tesco. Kebetulan ada mangga muda. So parut je lah mangga muda dan dicampur dengan taugeh tu. Sedap juga ..

 

Anda cubalah nanti. Lagi berbaloi buat sendiri daripada beli. Tapi nak beli pun susah nak jumpa.

 

Oklah. Nanti Ros share resepi makanan kegemaran Ros yang lain k. Makan berpada-pada. Jangan lupa telan Lecithin dan Omega untuk bakar lemak. Barulah maintain slim. 😛

 

Nak order Lecithin dan Omega? Boleh terus whatsapp Ros di 019-367 3245.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

Rate this recipe:  

CommentLuv badge