Follow:
Resepi

Resepi Daging Goreng Untuk Dimakan Bersama Pulut

Assalamualaikum

 

Bila tiba hari raya, kalau belah keluarga husband, mesti ada menu daging goreng ni. Sedap tau kalau makan dengan ketupat atau pulut. Bagi yang kurang gemar makan pulut, boleh makan dengan nasi impit.

 

Disebabkan senang sangat nak buat, Ros nak kongsikan resepi daging goreng ni dengan anda. Cara nak buat daging goreng kunyit ni sangat mudah.

resepi-daging-goreng

 

4.0 from 2 reviews
Resepi Daging Goreng Untuk Dimakan Bersama Pulut
Cuisine: Resepi Daging Goreng
 
Ingredients
  • 500 gm Daging
  • sedikit garam dan kunyit
  • sedikit minyak
  • 1 labu bawang besar- dihiris kasar
Instructions
  1. potong daging
  2. gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit
  3. perap sebentar
  4. panaskan kuali
  5. masukkan daging
  6. goreng sehingga keluar air daging
  7. bila air daging dah kering, masukkan sedikit minyak
  8. goreng lagi daging sehingga garing
  9. bila daging dah hampir garing, masukkan bawang besar
  10. goreng sampai garing dan bawang layu
  11. tutup air dan sedia untuk dihidang

 

Kebetulan sebelum raya haji baru ni, kitorg bercuti ke pantai. Sebelum gerak, goreng dulu daging ni dan tanak pulut. Berkelah makan daging goreng ni bersama pulut di tepi pantai. Sedap!

 

Kalau nak bawa bekal ke pejabat pun boleh. Senang dan cepat je masak ni.

 

Masa raya haji, mesti anda makan banyak menu berasaskan daging. Jaga-jaga tinggi kolesterol tau.

 

Nak selamat dari kena tekanan darah tinggi dan serangan jantung ni, amalkan supplement pemecah lemak.

 

Sebelum makan, telan Lecithin dulu. Selepas makan pula, telan Omega.

 

Baca juga >> 3 Cara Atasi Tekanan Darah Tinggi <<

 

Apa-apa pun, berpada-padalah makan daging k.

 

Selamat Hari Raya Haji kepada anda sekeluarga! 🙂

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

6 Comments

  • Reply nurul fatin adiana

    orang kelate suke sangatla ni masakan dging goreng kunyit.

    jemput ke :

    adianazulhilmistory.blogspot.com

    16 September 2016 at 4:22 am
    • Reply Ros

      Sedap.
      Bila-bila pun boleh buat sebenarnya.
      Dengan nasi putih panas-panas pun, boleh bertambah nasi.

      18 September 2016 at 8:45 am
  • Reply titan

    baru je habiskan daging korban.

    hoho..

    memang sedap makan daging baru sembelih nih.
    titan recently posted… Jobdirumah Payment – Kali ke 722-796My Profile

    18 September 2016 at 12:08 am
    • Reply Ros

      Daging segar mestilah sedap kan.

      18 September 2016 at 8:43 am
  • Reply Elih Bin Japahar

    Boleh try resepi ni…nampak sedap oo he3x
    Elih Bin Japahar recently posted… Inilah Pelan Internet Terbaik Untuk AndaMy Profile

    20 September 2016 at 9:59 pm
    • Reply Ros

      Sila-sila. senang je nak buat.

      20 September 2016 at 10:16 pm

    Leave a Reply

    Rate this recipe:  

    CommentLuv badge