Assalamualaikum
Semalam Ros buat Char Kuey Teow untuk dinner. Lama tak buat. Tapi nasib baik Husband Ros puji sedap. Nak lagi.. Huhu.. Seronoknya kalau Husband suka kita masak kan.. Dahlah berpeluang masak dinner je weekdays. Simple-simple pun tak pe. Janji sedap kan.
So Ros nak share resepi ni yang Ros belajar dari housemate Ros semasa belajar di Jerman dulu. Mungkin lain sikit dari yang dia ajar Ros sebab Ros ingat-ingat lupa je. Tapi basic bahan tu memang ada dalam resepi Ros ni.
Jom tengok apa bahan-bahan Char Kuey Teow ni.
- Sebungkus Char Kuey Teow
- 8 ekor udang segar
- Sedikit kerang
- Segenggam taugeh
- Sedikit kucai
- 2 sudu cili boh
- 2 biji telur
- 4 ulas bawang putih- dihiris/diketuk
- sedikit lada sulah
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kicap manis
- sedikit gula
- 2 cawan air
- sedikit minyak untuk menumis
- Di dalam periuk sederhana, rebus udang bersama 2 cawan air.
- Masukkan 4 ulas bawang putih
- Masukkan sedikit lada sulah
- Masukkan sos tiram dan kicap manis
- Masukkan sedikit gula
- Rebus sehingga mendidih
- Di dalam kuali, masukkan minyak dan tumis cili boh sehingga pecah minyak
- Bila dah pecah minyak, masukkan kerang
- Tuang setengah kuah rebusan udang tadi ke dalam kuali.
- Masukkan 4 ekor udang yang telah direbus tadi
- Bila dah mendidih, masukkan kuey teow, taugeh dan kucai
- Pecahkan telur
- Bila telur dah sedikit masak, gaulkan bersama kuey teow
- Tutup api
Baki setengah lagi kuah rebusan udang tu, boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimasak keesokan harinya. Esok nak masak, tak perlu lagi nak merebus udang. Jimat masa kan.
Banyak resepi di internet suruh rebus sampai jadi paste. Boleh juga kalau nak cuba. Tapi Ros malas nak rebus lama-lama. Ikut anda tau. Mana nak tambah, mana nak kurang ikut citarasa sendiri.
Selamat mencuba!
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656