Resepi Bubur Ayam McD ~ Pilihan Bila Tak Sihat

Assalamualaikum

Hari ni Ros nak share resepi bubur ayam McD. Menu ni selalu jadi pilihan keluarga Ros bila ada yang tak sihat.

Nak dijadikan cerita.. awal tahun 2015 Ros terpaksa ambil banyak annual leave. 4 hari sekaligus. Masuk bulan Februari cuti Ros dah minus. Sob sob sob.. Tapi takpelah. Demi keluarga. Nak tahu kenapa Ros kena ambil cuti? Maryam kena demam campak. Kesian anak Ummi. Baru 4 bulan dah kena demam campak.

Jangan salah faham. Resepi ni bukan untuk Maryam tau. Tapi untuk Ummi, Abi dan Abang Luqman. Maryam minum susu ibu je setakat ni. 🙂 Alhamdulillah.

Disebabkan Maryam demam campak, mak mertua Ros pesan jangan masak tumis-tumis. Kesian kat Maryam miang dan gatal-gatal nanti. Seminggu tu kitorang makan bubur atau masakan rebus-rebus je. Bubur ayam McD ni banyak kali juga diminta oleh encik suami.

Resepi Bubur Ayam Mcd

Jom tengok apa bahan-bahannya:

  • 2 cawan beras
  • sedikit dada ayam
  • satu inci halia
  • garam / kiub ayam ( kalau nak )
  • sedikit minyak bijan
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • cili

Cara-caranya:

  1. rebus ayam bersama halia
  2. asingkan ayam dari air rebusan
  3. basuh beras
  4. masak beras bersama air rebusan ayam tadi. tambah air jika perlu
  5. masak sampai jadi bubur
  6. masukkan garam / kiub ayam
  7. titiskan sedikit minyak bijan
  8. ayam yang telah direbus tadi, boleh dicarik-carik atau dipotong
  9. hiaskan bubur bersama ayam yang dicarik, bawang goreng dan daun bawang

Cubalah resepi bubur ayam McD ni. Sedap.. 🙂

Sambung bab Maryam demam campak.. Untuk tingkatkan imunisasi badan Maryam, Ros amalkan Garlic Complex dan Vitamin C Sustained Release sebagai supplement tambahan. Semua khasiat dari supplement Maryam akan dapat melalui susu ibu.

Ini untungnya anak menyusu susu ibu. Kita boleh bantu tingkatkan sistem imun anak melalui apa yang kita makan.

Semoga Ros diberikan kesempatan menyusukan Maryam sehingga 2 tahun macam Abang Luqman. Aminn.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

3 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge