Follow:
Kecantikan, Tips

Rahsia Kulit Cantik Tanpa Suntikan Vitamin C

Assalamualaikum

Ros rasa semua orang termasuk lelaki dan perempuan inginkan kulit yang cantik. Setiap orang mungkin ada definasi cantik yang berbeza. Bagi yang ada jerawat, kulit cantik yang mereka inginkan adalah kulit yang bebas jerawat. Bagi Ros, kulit yang cantik adalah kulit yang nampak segar, pori-pori berkurangan dan lembut.

 

Ros takde masalah jerawat. Tapi kadang-kadang kulit nampak kering dan ada pori-pori besar. Kalau daripada jauh, mungkin tak nampak sangat. Tapi bila tengok dekat di cermin, memang nampak lah pori tu. Dah lah Ros tak pakai mekap. Memang anda boleh nampak lah.

 

rahsia kulit cantik tanpa suntikan

 

Untuk pengetahuan anda, dua bulan lepas Ros ikut satu cabaran ni yang dianjurkan oleh upline Ros, Puan Ainul Malik. Dalam cabaran ini, setiap peserta akan diberikan cara makan Vitamin C Sustained Release dalam dos yang besar. Setiap minggu, peserta kena menghantar gambar selfie untuk melihat samada ada perubahan ke tidak selepas mengikuti cabaran ni.

 

Berdasarkan pengalaman Ros sendiri ambil megadose Vitamin C ni, bulan pertama belum nampak perubahan besar. Waktu ni, Vitamin C yang Ros ambil sedang memperbaiki bahagian-bahagian lain dahulu sebelum keberkesanan Vitamin C ni nampak di muka Ros.

 

Yang Ros perasan, kulit tapak kaki jadi lebih lembut. Kalau sebelum ni kasar sedikit di bahagian tumit. Minggu lepas tu baru terasa kulit di bahagin muka lebih lembut. Lepas tu pulak, pori-pori makin mengecil. Sekarang ni, Ros rasa kulit lebih licin dan segar.

 

Oh ya.. Ros nak cerita sikit. Husband Ros mungkin tak perasan sangat perubahan muka Ros ni. Hari-hari duk tengok kan. Dah tu, hari-hari Ros duk tanya ada perbezaan ke tak muka Ros ni. Husband Ros tanya balik, nak kulit macam mana lagi ni.. Selembut dan segebu Maryam ke? Hahaha. ( Maryam.. aci tak Ummi nak kulit macam Maryam 😛 )

 

Ada satu weekend tu, Ros jumpa dengan upline Ros, Zarith Sofia. Zarith pun tegur Ros, kulit makin cantik lah. Hihihi.. Alhamdulillah. Ada juga orang lain yang perasan. Weekend selepas tu, mak dan ayah mertua Ros datang melawat kami. Selepas diorang balik ke kampung, husband Ros cakap, mak tanya kat husband Ros, Ros makan apa kulit cantik sangat ni.. Kembang semangkuk. Mak mertua Ros pun perasan.

 

Yes.. megadose Vitamin C memang best lah! Lepas habis cabaran ni, Ros nak teruskan lagi.

 

Ros nak kongsikan sebahagian gambar sepanjang cabaran berlangsung. (Skema pula macam ambil gambar passport. ) Macam Ros cerita, bulan pertama tu, kulit masih kering. Masuk bulan ke dua, baru nampak kulit makin lembap dan rasa lebih lembut.

testi kulit cantik tanpa suntikan a

 

Gambar minggu terakhir… Selepas 2 bulan, baru naik sebiji jerawat di bawah bibir. Lepas jerawat tu pecah, cepat juga jerawat tu kecut. Alhamdulillah..  Ros berpuas hati dengan kesan Vitamin C ni. Teruja tak anda nak cuba?

testi kulit cantik tanpa suntikan bb

 

Anda nak Ros guide anda bagaimana nak kulit cantik tanpa suntikan Vitamin C? Hubungi Ros di 019- 367 3245 untuk konsultasi.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge