Follow:
Kekeluargaan, Motivasi

3 Rahsia Hidup Tenang Dan Gembira- Motivasi Untuk Ibu-Ibu

Assalamualaikum

Tugas sebagai ibu amat mencabar baik bagi ibu bekerjaya mahupun suri rumah. Jika bekerja, pulang ke rumah perlu memasak, membasuh baju dan mengemas rumah. Suami dan anak-anak juga perlu dilayan. Bagi suri rumah, seharian bersama anak-anak. Rumah dah berkemas. Lima minit berselerak balik. Penat kan. Kadang-kadang terlintas di fikiran ada tak orang nak berkongsi rahsia hidup tenang dan gembira?

Ros amat memahami situasi ini. Weekdays bekerja dan weekend pula buat kerja rumah yang tak sempat buat weekdays. Memang seorang ibu itu adalah Superwoman dalam keluarga masing-masing. Siapa setuju? Tidak kira bekerjaya atau suri rumah, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

rahsia hidup tenang dan gembira

Jom kita dengar 3 tips daripada Puan Lyna. Beliau kongsikan 3 cara bersyukur dengan segala nikmat yang kita dapat agar hidup sentiasa tenang dan gembira.

Daripada apa yang Puan Lyna kongsikan, Ros boleh simpulkan seperti di bawah:

3 Cara Bersyukur Agar Kita Tenang Dan Gembira

1. nikmati kehidupan kita

Apa yang kita ada sekarang mungkin orang lain tidak ada. Kita janganlah terlalu melihat apa yang orang lain ada. Syukuri apa yang kita ada sebelum nikmat itu ditarik balik.

Sebagai contoh, suri rumah mungkin pening kepala melayan karenah anak sepanjang hari. Tapi kita tak tahu ada ibu bekerja tak sabar-sabar tunggu 5:30 petang untuk pulang ke rumah berjumpa anak tersayang. Jom kita bersyukur kita masih punya anak-anak yang mewarnai kehidupan kita bersama suami.

2. mencari makna dalam perkerjaan yang kita lakukan

Kalau kita memasak untuk keluarga, niatkan untuk memberi nutrisi yang terbaik untuk keluarga kita. Berdoa juga agar air tangan kita ini dapat melembutkan hati mereka. Moga Allah satukan kita sekeluarga dengan kasih sayang yang kuat.

3. banyakkan bersyukur

Dengan lebih banyak bersyukur, InsyaAllah Allah akan memberi lebih banyak lagi kenikmatan kepada kita. Setiap hari cari lah apa perkara yang kita boleh syukuri. Dengan mengira nikmat-nikmat yang kita dapat dan mencatatkan dalam jurnal kesyukuran, kita akan dapati terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita.

Semoga perkongsian ini akan memberi motivasi kepada ibu-ibu di luar sana yang mungkin perlukan sedikit semangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Sesungguhnya anda ibu yang terbaik!

Ros Ahmad

019- 367 3245

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Ibuzarith

    Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada tu yang paling penting kan. Alhamdulillah Zarith dapat bersama Zuyyin dan Zayra 24jam 😉
    Ibuzarith recently posted… Jantung, Warfarin Dan Pantang LarangnyaMy Profile

    6 March 2015 at 3:04 am
    • Reply Ros

      Alhamdulillah Zarith.. semoga kak Ros dapat ikut langkah Zarith jadi WAHM tak lama lagi.

      6 March 2015 at 7:10 am
  • Reply Dilla Jalil

    bila kita bersyukur, jiwa kita pun akan rasa tenang je kan? 🙂
    Dilla Jalil recently posted… 5 Langkah Apa Perlu Buat Bila Bayi Jatuh KatilMy Profile

    8 July 2015 at 8:06 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge