Assalamualaikum
Bila disahkan hamil, mesti ibu sangat-sangat teruja. Walau bagaimanapun dalam keterujaan menerima berita kehamilan itu, pasti berbagai-bagai perkara terlintas di fikiran. Macam mana nanti? Apa nak buat bila loya tak boleh nak makan? Cukup ke nutrisi untuk bayi? Macam mana kalau penat sangat sampai tak larat?
Di sini Ros kongsikan perubahan yang bakal ibu hamil lalui sepanjang kehamilan 9 bulan kelak. Usah risau. Jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan berkhasiat, mengambil supplement tambahan, pasti tiada masalah. Yang penting, nikmatilah setiap saat kehamilan anda. 🙂
Trimester Pertama
– Loya dan muntah
makan sedikit tetapi kerap. Elakkan makanan berminyak
– Tidak berselera untuk makan
bila tidak berselera, usah paksa diri. Makanlah makanan yang tekak boleh terima.
– banyakkan berehat
di awal kehamilan, pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Jangan mengangkat benda berat untuk mengelakkan risiko keguguran
– cari coli yang lebih selesa
Payudara akan mula berubah saiz dan menjadi lebih sensitif
– kerap membuang air kecil
Ini merupakan petanda awal anda hamil. Bila period lewat dan rasa asyik nak ke toilet je, Ros syak badan berbadan dua. Bila buat pemeriksaaan, memang betul. 🙂
Di trimester pertama, ibu hamil mestilah mengamalkan supplement Folic Acid untuk mengelakkan kecacatan saraf bayi yang dikandung.
Sebelum nak mengandung lagi, Ros amalkan pengambilan B-Complex with Folic Acid. Sewaktu mengandungkan anak kedua, Ros nak menyusukan anak pertama. Disebabkan Ros tidak mengalami alahan yang teruk, Ros teruskan penyusuan. Itu pun sikit-sikit je sebab memang bercadang mahu anak bercerai susu badan dah.
Trimester Kedua
– sakit pingang/belakang badan
Anda perlu duduk dalam postur yang betul. Elakkan memakai kasut tumit tinggi.
– sembelit
Banyak minum air, makan sayur dan buah yang kaya dengan serat.
Untuk elakkan sembelit, Ros amalkan Ostematrix. Bangun pagi je mesti rasa nak ke tandas.
– kekejangan otot dan lenguh-lenguh badan
Ini disebabkan oleh kekurangan kalsium. Bayi yang dikandung akan mengambil kalsium yang dia perlukan dari tulang dan gigi ibu. Anda berkemungkinan mendapat Osteoporosis di usia yang muda jika keadaan ini berterusan.
Ros akan amalkan 4 biji Ostematrix setiap hari untuk mendapat bekalan 1000mg kalsium.
Tonton video ini untuk mengetahui kesan kekurangan kalsium selepas bayi anda lahir kelak.
– Anemia
Kekurangan zat besi akan menyebabkan paras hemoglobin dalam darah rendah iaitu kurang dari 11 g/dL. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi di samping mengambil supplement tambahan.
Tonton video ini bagaimana seorang mommy ni, tiap-tiap kali mengandung ada anemia. Nasib baik kehamilan keempat tiada anemia. Apa rahsia beliau?
Semasa anemia, Ros pun ambil Vitalea dan makan banyak brokoli untuk naikkan semula Hb Ros.
Bila dah masuk trimester kedua, keadaan ibu hamil sudah stabil. Alahan biasanya sudah berkurangan. Ibu sudah boleh buat persiapan membeli barang keperluan bayi. Jangan lupa untuk beli baju ibu mengandung untuk anda kerana perut sekarang semakin besar. Anda juga patut bersedia dari sekarang jika anda ingin menyusukan bayi bila dia lahir kelak. Galilah ilmu penyusuan dari semasa hamil lagi. Jangan lupa beli Set Bersalin yang betul untuk elakkan berlaku pembaziran kerana tidak sesuai.
Trimester Ketiga
– perubahan selera makan
Jika kurang berselera, makan dengan sedikit tetapi kerap. Bagi yang terlalu berselera nak makan, ambil makanan yang tinggi dengan serat dan kurangkan makanan yang manis untuk elakkan diabetis.
– kejang kaki
Seperti di trimester kedua, ambil kalsium dengan cukup. Sebelum tidur malam, sapukan dahulu betis dengan minyak panas.
– anemia
Anemia boleh berlaku di mana-mana kehamilan. Pastikan diet makanan anda ada zat besi yang cukup.
– Vericose Vein
Pakai stokin elastik dan letakkan kaki ke paras yang lebih tinggi dari badan semasa berbaring atau duduk
Bila dah berada di trimester ketiga, pastikan kesihatan anda di tahap optimum. Jom tengok rahsia ibu hamil ni kekal bertenaga di trimester ketiga siap boleh pergi holiday lagi.
Mula packing barang keperluan ke hospital bila dah masuk trimester ketiga. Mana tahu anda terpaksa bersalin awal macam Ros. Lakukan urutan Perineum untuk mengelakkan koyakan besar semasa bersalin. Lagi baik kalau tiada koyakan langsung kan. Alhamdulillah Ros bersalin anak kedua tanpa sebarang koyakan. Urutan perineum memang banyak membantu. Cubalah..
Kini, anda semakin dekat dengan tarikh bersalin anda. Pastikan anda dah tahu 4 tanda hampir bersalin. Ros doakan proses bersalin anda dipermudahkan. InsyaAllah.
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656