Follow:
Berpantang, Tips

Persediaan Berpantang Terutamanya Berpantang Anak Pertama

Assalamualaikum

Bila terkenangkan pengalaman Ros bersalin anak pertama dulu, Ros tak bersedia lagi nak bersalin. Persediaan berpantang pun belum cukup lagi masa tu. Sepatutnya ada sebulan lagi sebelum due date. Jadi sempatlah nak sediakan apa yang patut. Tetapi, oleh kerana air ketuban dan kurang, Ros terpaksa bersalin awal.

 

Waktu pergi checkp-up di klinik kesihatan, doctor cakap air ketuban Ros dah kurang. Ros diminta ke hospital supaya doktor pakar boleh sahkan. Terus kena tahan. Nak balik rumah ambil beg pun doktor tak bagi dah. Terus call office beritahu yang Ros dah on meternity leave dah. Handover kerja yang dirancang minggu tu pun tak sempat buat.

Ada beberapa benda yang Ros tak sediakan lagi untuk berpantang. Ni Ros senaraikan untuk panduan anda juga.

 

Persedian Berpantang

 

Set Bersalin

Perkara pertama yang wajib disediakan mestilah Set Bersalin. Tapi yang ni, Ros survey pun belum. Akhirnya, husband Ros yang tolong belikan dari kedai jamu. Ros kurang berpuas hati sebab tak dapat digunakan sepenuhnya semasa dalam pantang.

 

Tukang Urut

Yang ni Ros minta mak yang carikan. Tolong tanya-tanya orang kampung siapa yang boleh mengurut orang selepas bersalin. Kalau anda sukar nak cari tukang urut, boleh ikut tips mencari tukang urut di entri sebelum ni.

 

Lokasi

Anda perlu fikirkan di mana anda nak berpantang nanti. Kalau anak pertama, mungkin anda boleh berpantang di rumah mak sendiri atau mak mertua sebab mereka lebih berpengalaman. Kalau tiada pilihan kena berpantang sendiri, anda perlu melakukan persediaan yang lebih. Google siap-siap menu berpantang yang senang-senang supaya suami anda boleh tolong masakkan.

 

Batu tungku

Selepas bersalin, anda perlu bertungku untuk melegakan lenguh-lenguh badan, melancarkan peredaran darah dan juga membantu mengecutkan rahim. Ada beberapa pilihan untuk tungku antaranya batu sungai dan tungku daripada besi. Ros guna batu tungku mak Ros je. Sekarang ada juga tungku elektrik. Tapi berhati-hatilah ketika menggunakan tungku elektrik. Ada cerita, tungku elektrik meletup ketika dicas. Seram pula yang ni.

 

Bengkung

Set Bersalin yang husband Ros beli tu ada bengkung sekali. Tapi bengkung tu, tak kemas. Asyik jatuh je. Last-last Ros tak pakai pun. Kalau nak perut kembali kempis, kenalah berbengkung 44 hari tu. Berpantang anak kedua, memang Ros berbengkung betul-betul.

 

Herba/ Daun

Kalau duduk di kampung, agak mudah nak dapatkan herba untuk mandian air daun dan juga bertangas. Kalau takde, boleh beli uncang herba yang hanya perlu direbus dalam periuk besar dan mandi menggunakan air rebusan tersebut. Kalau berpantang sendiri, minta suami yang angkat air yang berat tu. Bahaya kalau kita angkat sendiri. Takut peranakan jatuh.

 

Pakaian

Bagi Ros pakaian semasa berpantang amat penting. Sediakan stokin untuk dipakai sepanjang masa kecuali waktu mandi. Semasa Ros di hospital selepas bersalin, stokin pun Ros tak pakai. Akibatnya, Ros demam. Mungkin sebab angin masuk. Sediakan juga kain batik.

 

Pam untuk kumpul susu

Bagi yang bekerja, sebelum bersalin eloklah dapatkan pam siap-siap. Kalau tak, semasa berpantang terpaksa minta suami belikan. Yang ni Ros dah sediakan pam manual. Nasib ada juga pam. Kalau tak, terpaksa memerah guna tangan bila bengkak susu.

 

Berpantang anak pertama banyak mengajar Ros. Ibu baru kan tiada pengalaman lagi. Mujurlah ada suami dan keluarga yang membantu. Selepas ada sedikit pengalaman berpantang ni, Ros pastikan Ros berpantang anak seterusnya sebaik-baiknya. Memang proses berpantang anak kedua berjalan dengan baik. Anda boleh baca pengalaman Ros berpantang anak kedua di entri sebelum ini.

 

Selamat berpantang mommies. Berpantang elok-elok tau selama 44 hari tu. Badan kita nak pakai lama kan.. 🙂

 

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Betul kak ros, kalau tengah menunggu hari tu, memang pening fikir persediaan yang perlu semasa berpantang nanti. huhu
    Ibu Zarith recently posted… 8 Cara Menggalakkan Anak Yang Kurang Berat Untuk MakanMy Profile

    6 September 2015 at 12:44 am
  • Reply Ros

    sama-sama.
    semoga membantu Puan Sara buat persediaan.

    5 September 2016 at 6:09 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge