Follow:
Berpantang, Tips

Perlu Ke Berpantang Selepas Bersalin? Berapa Hari?

Assalamualaikum

Pernah terfikir soalan ni? Perlu ke berpantang selepas bersalin? Bagi Ros, wajib kita berpantang selepas bersalin. Pernah dahulu Ros ke klinik untuk check kuning Maryam, Ros nampak seorang ibu muda bawa anak untuk check kuning. Dia dah pakai seluar. Terfikir juga dia dah hari ke berapa pantang. Rupanya dia czer. Tapi Ros rasa kalau czer lagi lah nak kena berpantang betul-betul.

 

Lagi satu, pernah Ros pergi ke shopping complex, ternampak ibu muda ni, bayi baru 60 hari kot. Si ibu dah minum air ais kat KFC. Tak takut sakit sendi ke bila tua nanti. Lagi satu Ros rasa, bayi kecil lagi untuk ke tempat yang ramai orang. Antibodi bayi baru lahir kan tak kuat lagi. Takut terjangkit apa-apa nanti. Kalau nak lepak dengan kawan-kawan, takde hal penting, baik duduk rumah.

 

perlu ke berpantang selepas bersalin

 

Jom Ros kongsikan  kepentingan amalan berpantang.

5 Kepentingan Amalan Berpantang

  1. kurangkan tekanan perasaan serta stabilkan emosi ibu
  2. elakkan meroyan selepas bersalin << Cara Elak Meroyan >>
  3. kurangkan angin dalam badan
  4. lancarkan peredaran darah
  5. lancarkan pengeluaran susu ibu << Makanan Penggalak Susu Ibu >>

 

Apa yang selalu orang buat semasa dalam pantang adalah:

 

Mandi Daun:

Tujuan mandi daun adalah untuk melancarkan peredaran darah, menyegarkan badan serta membuang angin.

<< Kebaikan mandi daun >>

 

Berurut:

Tujuan berurut adalah untuk buang angin dan membetulkan urat. Dalam pantang, memang penting untuk elak diri dimasuki angin. Sebab itu lah, ibu baru bersalin kena pakai stokin selalu. Masa masuk bilik air je buka. Berurut juga dapat melancarkan pengaliran susu ibu.

<< Tips cari tukang urut >>

 

Bertungku:

Tujuan bertungku adalah untuk menghangatkan badan ibu. Ros paling suka masa bertungku. Letak lama-lama tunggu kat bahagian air-ari. Memang best. Bertungku juga dapat mengelakkan angin masuk ke dalam badan ibu.

 

Berbengkung:

Tujuan berbengkung adalah untuk mengempiskan perut ibu baru bersalin. Lepas bersalin, memang berat akan turun. Tapi masih tinggal lemak-lemak yang degil. Perut pun masih menggeleber. Berbengkung juga dapat membentuk bahagian pinggul dan perut.

<< Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin >>

 

Bertangas:

Tujuan bertangas adalah untuk mempercepatkan luka dalaman sembuh. Bertangas juga dapat menghilangkan keputihan dan bau yang tidak menyenangkan. Lagi satu, dengan bertangas, miss V akan lebih ketat.

 

Berpantang ni ada beberapa jenis. Berpantang 44 hari tu mesti anda dah tahu. Yang tu kena berpantang makan. Elakkan juga keluar rumah melainkan ada hal yang penting.

 

Yang berpantang 100 hari ni pun wajib ambil tahu. Elakkan bersama dengan suami. Biar dalaman sembuh betul-betul dahulu. Dalam tempoh 100 hari juga, elakkan mandi dengan air sejuk. Elakkan juga angkat benda berat. Yang anda boleh buat adalah dukung bayi baru lahir. Elakkan juga daripada kena hujan. Yang ni Ros tak pasti sangat kenapa.

 

Dalam masa 6 bulan tu selepas bayi lahir, anda kena jaga makan lebih-lebih lagi kalau menyusu bayi. Takut bayi kembung perut kalau anda makan makanan sejuk dan berangin. Makanan pedas juga elakkan.

 

Pantang setahun yang Ros buat adalah tak makan laksa. Elakkan juga minum ais dan makan pulut. 🙂

 

Banyakkan pantang larang orang melayu? Terpulang pada anda nak berpantang sampai setahun atau 6 bulan je. Ikut ketahanan badan masing-masing juga. 🙂

 

Jom baca pengalaman Ros berpantang kali kedua di entri ini.

<< Perbezaan berpantang kali kedua >>

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply titan

    lama jugak bini berpantang dulu..

    tapi memang kena berpantang.

    lebih baik berjaga daripada cari nahas.
    titan recently posted… Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?My Profile

    6 January 2016 at 11:34 pm
  • Reply bumpyella

    betul tu kak ros. illa pantang 44 hari pun kene jaga ketat oleh confinement lady dan mak ^_^
    paling best, tungku, bengkung dan mandi daun =)
    bumpyella recently posted… Vivix – Tonik Ajaib 1000 KhasiatMy Profile

    7 January 2016 at 7:37 am
  • Leave a Reply to bumpyella Cancel Reply

    CommentLuv badge