Follow:
Aktiviti 6-12 bulan, Anak-anak

Perkembangan Bayi 11 Bulan Dan Idea Untuk Bermain

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Esok Maryam akan masuk 11 bulan sekarang. Untuk rujukan Ros di masa akan datang, ingin Ros coretkan perkembangan Maryam semasa 11 bulan. Waktu Luqman dulu tak tulis pun. Rasa rugi pula.

Apa yang Maryam boleh buat sekarang?

  • Merangkak laju
  • Duduk sendiri
  • Lepas tangan dan berdiri selama beberapa saat
  • Memanjat sofa
  • Memegang dengan ibu jari dan jari telunjuk
  • Cuba turun sendiri dari sofa

Waktu sekarang, Maryam suka mengutip. Ros kena pastikan tiada objek kecil atas lantai. Kalau Luqman makan tumpah, kena cepat-cepat bersihkan supaya Maryam tak kutip nasi yang jatuh.

Maryam sangat seronok bila tiba waktu makan. Tak sabar dia tunggu Ros suapkan. Gigi bawah Maryam dah ada 2 batang. Waktu gigi pertama tumbuh, Maryam ok. Tapi waktu gigi kedua tumbuh, Maryam demam. Ada tak baby anda yang tak demam waktu tumbuh gigi?

Waktu sekarang Ros selalu bercakap dengan Maryam. Orang kata jangan guna bahasa bayi. Tetapi guna perkataan yang betul. Tak perlu guna ayat bunga-bunga pun. Gunalah perkataan yang jelas dan simple. Waktu nilah mereka cuba faham apa yang kita katakan.

Sebelum ni Ros ada kongsikan aktiviti percuma untuk merangsang perkembangan bayi 8 bulan. Jom tengok idea untuk bermain dengan bayi 11 bulan pula.

Antara idea yang anda boleh gunakan untuk bermain dengan bayi 11 bulan:

1. puzzle yang ada pemegang

Kebiasaannya bayi sudah boleh memegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Bolehlah anda bagi puzzle yang ada knob atau pemegang tu. Comel tengok tangan mereka dah pandai pegang knob tu.

Setakat ni, Maryam suka keluarkan puzzle tu. Tetapi belum pandai letak balik di tempat yang sepatutnya.

2. baca buku

Yang ni, sejak dahulu lagi Ros suka bagi board book kepada Maryam. Kadang-kadang bacakan untuk Maryam. Kadang-kadang biar Maryam tengok gambar dalam tu. Kalau Maryam nak tutup buka buku tu pun, Ros tak kisah. Yang penting, pendedahan.

3. menyorok, panggil nama anak

Disebabkan Maryam dah merangkak, sekejap je dah masuk dapur. Padahal sebelum tu Ros tinggalkan Maryam di ruang tamu. Maryam suka kalau Ros panggil dia. Nanti dia tercari-cari Ros kat mana. Kalau dah nampak Ros, sengih dia.

4. waktu mandi , main buih

Waktu mandi, kalau letak dalam besen, memang Maryam suka. Lagi-lagi kalau ada buih. Suka dia tepuk-tepuk air sampai terpercik. Yang peliknya, kat rumah je macam tu. Kalau balik kampung, kalau Ros sediakan besen mandian, Maryam takut pula nak mandi. Tak biasa agaknya.

5. menyanyi sambil tepuk tangan

Selalu bila Maryam dah tepuk tangan, Ros akan suruh Luqman nyanyi lagu tepuk amai-amai. Maryam suka bila abang dia nyanyi untuk dia.

6. main dengan soft toy

Yang ni Ros dapat idea bila tengah pegang soft toy, Maryam gelak. Apa lagi, Ros pun buat soft toy tu tengah menyorok, pastu muncul depan Maryam. Tak pun Ros pegang soft toy buat macam tengah terbang ke arah Maryam, pastu singgah atas riba Maryam. Gelak ngekek-ngekek dia. Cuba!

Ibu mana tak gembira bila tengok anak gembira. Bersyukurlah kita ke atas anugerah dan nikmat ni. Hargailah mereka. Sedih Ros baca cerita bayi didera, bayi dibuang dan sebagainya. Moga dijauhkan.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

4 Comments

  • Reply mutiara

    Kejap je dah 11 bulan ye.Masyaallah..

    24 July 2015 at 10:34 am
    • Reply Ros

      Aah. sekejap je dah 11 bulan. 🙂

      25 July 2015 at 11:21 am
  • Reply Farah

    Bismillah,

    Maryam lahir 25 Julai ke…
    Alhamdulillah sama tarikh ngan anak kedua saya…

    Moga Maryam membesar menjadi anak yang solehah.
    Farah recently posted… Rawatan Sonotron Menggunakan Teknologi Tanpa SentuhMy Profile

    24 July 2015 at 4:43 pm
    • Reply Ros

      Maryam lahir 25 Ogos. Sebaya lah anak kita.

      25 July 2015 at 11:22 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge