Follow:
Anak-anak

Perkara Yang Perlu Ibubapa Lakukan Bila Anak Tak Sihat?

Assalamualaikum

Bila anak tak sihat, ibu bapa jadi tak keruan. Nak pergi kerja pun tak tenang. Rasa bersalah pun ada bila di ofis hari itu lah ada meeting yang penting. Tapi apa boleh buat, kesihatan anak lagi penting. Luqman jarang tak sihat. Kalau tak sihat, mesti sebab demam dan sakit tekak. Jom tengok apa yang perlu anda sebagai ibubapa lakukan bila anak tak sihat.

bila anak tak sihat

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak tidak sihat?

Bila demam

  • anak kurang selera untuk makan makanan yang keras
  • berikan makanan berasaskan sup seperti bubur nasi dimakan bersama sup ayam, sayur, ikan atau daging
  • beri anak minum banyak air seperti jus oren perahan sendiri atau air barli. Air barli boleh menyejukkan badan. Berikan minuman sedikit demi sedikit tetapi kerap
  • Jika anak tidak mahu minum, letakkan minuman di dalam bekas minuman kegemaran anak
  • pantau suhu anak setiap 4 jam dengan termometer
  • lap badan anak selalu dengan air suam
  • bilik biar sejuk
  • pakaikan pakaian yang nipis

Bila sakit tekak

  • beri aiskrim
  • beri minuman yang sejuk contohnya susu yang dibancuh sejuk
  • beri makanan yang sejuk seperti puding
  • elakkan beri makanan dan minuman panas kerana anak akan sakit setiap kali menelan

Bila muntah

  • anak boleh memuntahkan kembali air jika minum terlalu banyak
  • beri anak air sedikit demi sedikit tetapi kerap
  • jumlah yang disarankan 100ml setiap kali
  • gunakan penyedut minuman jika ank tidak mahu minum
  • cuba beri anak kiub ais untuk dihisap

Bila cirit-birit

  • jika anak menyusu badan, teruskan penyusuan
  • jika anak minum susu formula, cairkan susu
  • beri jus buah-buahan atau bubur nasi bersama sup untuk anak berumur 2 tahun ke atas

Bila batuk dan selsema

  • anak kurang berselera untuk makan dan hidung tersumbat
  • sediakan makanan kegemaran anak untuk memulihkan tahap kesihatannya
  • beri bubur nasi bersama sup

Bila sembelit

  • beri anak pisang dan betik
  • galakkan anak minum air dengan banyak
  • beri makanan berasaskan sup
  • beri makanan yang kaya dengan serat

Jom tonton video Puan Farahana yang anaknya sembelit. Apa yang menyelesaikan masalah sembelit anak beliau?

Kini anak Puan Farahana tidak sembelit lagi. Mealshakes bukan sahaja mengatasi sembelit anak kecik tetapi juga sebagai nutrisi tambahan yang mengandungi 19 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan anak-anak.

Sebagai ibubapa yang prihatin, dapatkan Set Kanak-kanak yang terdiri daripada Mealshakes, Omega, Chewable Vitamin C dan Vitalea For Children. Lepas ni, anda tak perlu ambil MC untuk jaga anak yang tidak sihat lagi. Bila anak sihat, ibubapa pun boleh bekerja dengan tenang. InsyaAllah.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge