Follow:
Anak-anak

Penuhi Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Bermanfaat

Assalamualaikum

Cuti sekolah ni Luqman dan Maryam tak pergi mana pun. Selain gi sekolah, diorg duduk rumah. Tak pun ikut abi pergi beli barang dapur.

 

Tunggu adik Khadijah besar sikit baru pergi jalan-jalan nanti. Ummi diorang ni pun tak sabar nak pergi berjalan.

 

Cuti sekolah seeloknya diisi dengan aktiviti bermanfaat. Takdelah main sepanjang masa. Tapi bukan bermaksud kena buka buku dan belajar sahaja.

 

Ibubapa boleh buat aktiviti santai dengan anak-anak yang boleh tingkatkan keyakinan diri mereka atau pun ajar mereka nilai-nilai kehidupan yang mereka kena pegang sampai bila-bila.

 

Boleh juga selitkan sikit pasal kewangan dan bisnes. Penting supaya anak-anak tahu perkara asas. Nakkan sesuatu, kena usaha dapatkan.

 

Teringat dulu Luqman tanya cik Ana dia ada benda dia boleh tolong tak. Masa tu dia tengah kumpul duit nak beli mainan.

 

Kat rumah pula, bila dia tolong ummi dan abi, dapat lah seringgit. Selepas sebulan dua, cukup duit untuk beli mainan yang dia nak tu.

 

Sekarang Luqman kumpul duit syiling pula. Tabung buat sendiri guna botol mineral.

Apa aktiviti anak-anak anda cuti sekolah ni?

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply titan

    Hobi anak sekarang.

    mengamuk macam biasa.

    haha..
    titan recently posted… Panduan Kerja di SingapuraMy Profile

    4 June 2017 at 11:43 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge