Assalamualaikum
Bayi baru lahir sememangnya memerlukan penjagaan yang teliti daripada ibu dan bapanya. Untuk wanita yang baru pertama kali menjadi ibu, mungkin agak kekok pada mulanya dalam penjagaan bayi baru lahir. Bagaimana nak mandikan bayi yang terasa begitu kecil sekali? Bagaimana nak sapu larutan alkohol di pusat bayi? Berapa kali nak kena sapu larutan tu?
Di sini Ros kongsikan caranya:
Penjagaan Bayi Baru Lahir
1. Tali pusat
Tali pusat bayi baru lahir hendaklah sentiasa kering.
Setiap kali selepas mandi dan menukar lampin, gunakan kapas bersih dibasahkan dengan larutan alkohol yang diberikan oleh hospital dan lap tali pusat dan sekelilingnya.
JANGAN guna minyak, bedak atau ubat yang tidak disarankan oleh doktor. Teringat Ros kisah bayi yang tali pusatnya bernanah teruk kerana diletakkan minyak selain yang dibekalkan oleh hospital.
2. Mandikan bayi
Minggu Pertama
Semasa minggu pertama bayi tidak dimandikan dengan kerap. Hanya perlu mandikan bayi sekali pada pukul 10 pagi dan lap pada sebelah petang dengan sapu tangan atau kapas bersih yang dicelup dengan air suam.
Minggu Kedua
Selepas minggu kedua, bayi boleh dimandikan sebanyak 2 kali. Air mandian bayi hendaklah suam. Elakkan mandikan bayi dengan air paip atau air sejuk. Ia boleh menyebabkan hipotermia iaitu keadaan di mana suhu badan bayi menurun secara mendadak kerana kulit bayi masih nipis. Bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Waktu mandikan bayi yang digalakkan adalah pada pukul 10 pagi dan 5 petang. Pada waktu ini, suhu sekeliling tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
3. Selepas mandi
– lap badan bayi termasuk tali pusat sehingga kering. Gunakan kapas yang telah dibasahkan dengan larutan alkohol yang diberikan hospital untuk membersihkan tali pusat.
– tuam perut dan ari-ari dengan tungku bayi yang dipanaskan dengan seterika. Sebelum tuam, periksa suhu agar tidak terlalu panas untuk bayi.
– sapukan perut, belakang badan, betis dan tapak kaki bayi dengan minyak telon
– pakaikan barut. pastikan tidak terlalu ketat
– pakaikan lampin
– pakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa.seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
– bedung bayi dengan bedung moden atau dengan lampin kain.
Kebiasaannya Ros akan sediakan baju, sarung kaki dan tangan, barut dan ambil kapas, botol larutan alkohol dan minyak telon siap-siap sebelum mandikan anak.
Dari waktu Luqman sehingga Maryam, Ros terikut cara mak Ros. Beliau akan letakkan baju dan barut siap-siap di atas tikar getah macam di dalam gambar ni.
Lepas badan anak sudah dilap kering, terus diletakkan di atas barut tu. Takdelah baru nak ambil barut selepas mandi. Dah ikat barut, lepas tu angkat anak untuk diletakkan baju pula.
Ada tak ibu-ibu di luar sana ada cara lain? Sudikan kongsi dengan Ros. 🙂
Sambil-sambil menjaga permata hati yang baru lahir, jangan lupa jaga diri anda dengan Set Berpantang yang betul. Pilih set bersalin yang mampu memulihkan diri anda kembali seperti sediakala. Takdelah anak baru satu, tapi dah tak larat. 😛
Ros Ahmad
019- 367 3245
Shaklee ID: 1134 656
Permalink
Hehe.. mak saya pon dari dlu buat mcm kak ros lpas bby mandi tu. sy pn akan ikot jugak..menghitung hri dah.. 38w skg..:-)
Permalink
wah.. tahniah sis hidayah. semoga dipermudahkan. Aminnn
Permalink
menarik cara menyusun baju tu. Ida kalau sempat aje boleh buat camtu, tapi bila dah anak ke empat ni, memang pakat letak yang sempat aje. hihi
ida recently posted… 9 Tips Berjimat Ketika Sambut Bayi Baru Supaya Tidak Perlu Stress Kena Tambah Hutang
Permalink
Ntah-ntah Ros pun sama nanti bila anak dah 4 empat. Huhu.
Permalink
Untunglah kalau ade mak kan… Dier la orang paling busy jika dapat cucu baru…
Belajar menjadikan kita ibu terbaik.
Nice info
Wan Nur Suzilla recently posted… Tingkat Peluang Hamil Dengan Waktu Subur