Follow:
Penyusuan, Tips

Panduan Ibu Menyusu Outstation Kekal Bertenaga Ke Sana Ke Sini

Assalamualaikum

Bulan lepas Ros kena pergi outstation selama 3 hari 2 malam. Selepas diberitahu, bermacam-macam perkara timbul di benak fikiran Ros. Yelah. Ros masih menyusukan Maryam. Sejak Maryam lahir, belum pernah kami berjauhan. Ros terfikir, macam mana Maryam nak tidur tanpa Ummi malam-malam. Boleh ke Maryam minum dari botol dari pagi sampai malam. Dalam gelabah-gelabah tu, Ros cari panduan ibu menyusu outstation.

Panduan Ibu Menyusu Outstation

Ros kongsikan apa yang Ros buat sebagai persediaan pergi outstation.

Persediaan ibu menyusu outstation

1. beritahu pasangan, ibu bapa/pengasuh awal-awal

Bila dapat tahu kena pergi outstation, Ros bagitau suami. Disebabkan Maryam masih kecil, Ros call mak ayah Ros minta tolong jagakan. Ros tanya awal-awal boleh tak diorang datang tengokkan Luqman dan Maryam. Alhamdulillah. Diorang boleh datang.

2. siapkan keperluan suami dan anak-anak

Sebelum pergi, Ros iron siap-siap baju suami. Baju anak-anak pun dah siap berlipat. Kalau belum berlipat, satu kerja pulak nak cari baju dan seluar dari bakul. Ros akan pastikan bekalan bahan mentah cukup di rumah. Takdelah nanti kena suami kena keluar pergi beli barang. Ros juga siapkan apa yang patut supaya suami dan mak Ros boleh fokus jaga Luqman dan Maryam je.

 3. senaraikan barang yang perlu dibawa

Sebagai ibu menyusu, walaupun pergi outstation tidak perlu mengepam. Boleh jadi bengkak susu kalau kita tidak mengepam. Tambah-tambah lagi bayi tidak bersama kita. Ros akan pastikan rutin mengepam berjalan seperti biasa. Segala keperluan mengepam perlu dibawa. Boleh rujuk sini untuk senarai barang yang Ros bawa.

4. minta HR tempah bilik yang ada peti sejuk

Kebanyakan hotel ada menyediakan peti sejuk di dalam bilik walaupun ia tak sesejuk peti ais kita di rumah. Kalau boleh minta juga mereka on siap-siap peti sejuk tu supaya bila kita check-in, peti sejuk dah sejuk. Peti sejuk sangat penting untuk menyimpan susu perahan sementara menunggu hari kita pulang ke rumah.

5. pastikan stok beku susu perahan (EBM) cukup

Disebabkan Ros ingin menyusukan Maryam sepenuhnya dengan susu ibu, Ros akan pastikan stok susu cukup sebelum pergi. Bila outstation, Maryam akan minum dari botol. Waktu ini banyak stok EBM akan digunakan. Bila pulang, susu yang diperah semasa outstation akan dibekukan untuk buat stok EBM semula.

Bila kita outstation, badan kita akan rasa letih. Yelah kadang-kadang tu training dari pagi sampai ke petang. Malam pun ada aktiviti juga. Ros selalu curi-curi masa untuk mengepam. Selalunya masa rehatlah Ros pergi mengepam. Sebelum tu makan ala kadar untuk isi perut.

Haish.. Kalau badan tak tahan, silap-silap balik dari outstation akan MC. Jom tengok ada seorang sis ni selalu travel dan outstation. Dulu-dulu memang lepas travel je, esoknya mesti MC. Tapi sekarang, siap kalau landing pagi tu, terus boleh buat aktiviti harian.

Jom saksikan apa rahsia beliau:

Untuk kekal bertenaga walaupun outstation, Ros dan sis ni amalkan Set Kesihatan Optimum dari Shaklee. Set ini terdiri daripada:

1. Vitalea with Iron Formula- 120 biji

2. B-Complex with Acid Folic- 120 biji

3. Vitamin C Sustained Release- 180 biji

4. ESP Energizing Soy Protein- 850g

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 23 vitamin dan mineral untuk melengkapkan keperluan nutrisi. Semasa outstation kita mungkin tidak dapat mengambil makanan seimbang memandangkan jadual kerja yang padat. Vitalea akan membantu mengisi kelompongan nutrisi di dalam badan kita.

B-Complex  mengandungi Vitamin B6 yang penting untuk mengawal stress. Tahukah anda stress boleh mengurangkan pengeluaran susu? Ibu menyusu kena ceria-ceria selalu supaya susu mudah terhasil.

Vitamin C Sustained Release adalah vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat untuk meningkatkan sistem imun badan anda. Bila badan sihat, anda mampu berkerja dengan baik walaupun outstation berhari-hari.

ESP atau Energizing Soy Protein dapat memberi tenaga segera. Bonusnya susu anda pun turut meriah dan kulit pun cantik. Tak percaya? Cuba dulu..

Kalau anda seorang yang selalu travel/outstation dan selalu rasa letih yang amat sangat, eloklah ambil Set Kesihatan Optimum. Bukan sahaja bertenaga, kesihatan pun tip top. Silap-silap attendance rate anda lagi tinggi dari rakan sekerja yang tak outstation. Hubungi Ros 019- 367 3245 supaya anda tak terlepas peluang jadi pekerja kesayangan boss.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge