Follow:
Berpantang, Set Berpantang / Set Bersalin

Panduan Berpantang Untuk Ibu G6PD Baby

Assalamualaikum

Ada seorang ibu tanya Ros Set Berpantang apa yang sesuai untuk bayi G6PD. Beliau risau bayi yang bakal lahir tak lama lagi ada G6PD Defiency. Awal-awal lagi beliau dah bagitau tak boleh ambil jamu dan soya. Bagus kan ibu ni. Sangat prihatin dengan keadaan bayi yang bakal lahir.

 

panduan berpantang untuk ibu g6pd baby

 

G6PD Defiency ini bukan satu penyakit tau. Ianya adalah kekurangan satu enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat dalam sel darah merah. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah merah pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat, makanan atau jangkitan penyakit tertentu.

 

Selepas kelahiran bayi, darah daripada tali pusat akan diuji untuk mengetahui samada bayi ada G6PD defiency atau tidak. Kebanyakan bayi lelaki kekurangan enzim ini. Mereka boleh kena penyakit kuning yang tinggi dalam masa yang singkat. Biasanya bayi G6PD defiency akan ditahan untuk pemerhatian doktor.

 

Walaupun bayi ditahan, anda masih perlu berpantang untuk memulihkan kembali dalaman anda.

 

Panduan Berpantang Untuk Ibu Yang Bayinya G6PD Defiency

 

Resepi Berpantang

 

Herba yang bersifat panas dan boleh menyebabkan kuning naik seperti lada hitam dan halia hanya boleh diambil selepas bayi bebas daripada kuning. Kalau nak ambil sebelum tu, kena tengok penerimaan bayi. Najis dia ok ke tak.

Waktu Luqman kuning dahulu, kunyit pun orang kata tak boleh. Ikan tenggiri goreng tak letak kunyit pun.

Lagi satu, saudara yang melawat tak bagi guna kain batik warna kuning. Cadar warna kuning pun tak boleh. Segala benda warna kuning kena elakkan. Ros pun tak tahu di mana logiknya. Tapi ikut juga lah sebab kuning lambat turun masa tu. Huhuhu.

 

Amalan Tradisional

 

Berurut, bertungku dan berbengkung masih perlu dilakukan.

Ros dahulu selepas Luqman dah takde demam kuning, baru Ros berurut. Sebelum tu, Ros duduk di wad memang tak berurut pun. Lepas keluar hospital, tiap-tiap hari kena pergi check kuning. Tak sempat. Bila betul-betul Luqman takde kuning, baru lah confirmkan tarikh dan masa dengan tukang urut.

Disebabkan di wad tak bertungku pun, bila balik ke rumah, memang tak tinggal rutin bertungku setiap pagi dan petang.

Sama macam bertungku, lepas dah balik rumah, baru Ros berbengkung. Rasa macam terlambat sebab tak mula awal-awal lagi. Perut lambat kempis.

 

 

Pengambilan Set Berpantang Yang Tidak Berasaskan Jamu

 

Set Berpantang yang dicadangkan adalah:

1. B-Complex (120 biji)

2. Zinc Complex (120 biji)

3. Sustained Released Vitamin C (180 biji)

4. Ostematrix (120 biji)

5. Omega Guard (90 biji)

6. Vivix (150ml)

 

 

Fungsi setiap supplement adalah seperti berikut:

  • B-Complex: membekalkan tenaga serta membantu menstabilkan emosi

Bila anak ditahan di wad, anda boleh jadi stress tau bila orang lain yang masuk kemudian daripada anda, dah boleh pulang ke rumah. Bila anak diletakkan di bawah lampu fototerapi, lagi lah rasa nak menangis. Kalaulah boleh ditukarkan tempat, pasti anda nak ganti tempat dia.

Dulu Ros rasa sangat stress dan sedih bila tengok Luqman kena duduk di bawah lampu tu. Bukan sehari, 3 hari tau. Sedih sangat masa tu.

<< Cara Elak Meroyan Selepas Bersalin >>

 

  • Zinc Complex: mempercepatkan penyembuhan luka

Bila luka jahitan cepat baik, senanglah nak uruskan bayi anda. Lepas dibenarkan pulang ke rumah, masih perlu ke klinik berdekatan untuk check bacaan kuning.

 

  • Sustained Released Vitamin C: meningkatkan sistem imun badan

Bila stress, badan rasa lemah je. Senang nak jatuh sakit. Vitamin C akan membantu melindungi ibu daripada demam dan sebagainya.

Ros pernah demam semasa dalam pantang. Waktu tu tak larat sangat. Rasa nak rehat je. Tapi kena juga bangun untuk menyusukan anak. Bila bayi kerap disusukan, lagi cepatlah bacaan kuningnya turun.

 

  • Ostematrix: mengelakkan sembelit dan mengurangkan lenguh-lenguh badan

Bila kerap bangun malam, anda akan rasa lenguh-lenguh badan. Dah lah tak cukup tidur. Penat bersalin pun tak habis lagi. Dengan Ostematrix, anda akan rasa lebih segar setiap kali bangun pagi. Sembelit pun tiada.

 

  • Omega Guard: membantu membakar lemak yang masih ada selepas bersalin

Semua wanita lepas bersalin nak dapatkan kembali berat dan bentuk badan asal sebelum hamil. Bila dah habis cuti bersalin, pastinya anda nak pakai kembali pakaian sebelum hamil kan.

 

  • Vivix: membantu memanaskan badan ibu baru bersalin serta sebagai energy booster

 

Jom tengok testimoni Set Berpantang Shaklee oleh ibu yang bayinya G6PD Defiency.

Testimoni Set Berpantang (2)

 

Salam semua.. sebelum ni baca testimoni orang ke kan. Hari ni nak share pengalaman saya sendiri consume supplement Shaklee.. ok, ceritanya. Anak saya ada G6PD Deficiency.. Pead anak saya dah beri amaran keras supaya jangan ambil atau pakai any jamu sebab boleh menyebabkan anak dapat prolong jaundice.. disebabkan risau anak, selama 2 minggu saya berpantang tanpa sebarang jamu… badan pun dah terasa sengal-sengal, tak bermaya. Saya mula cari  sesuatu yang bersesuaian untuk pantang.. awal-awal nak try set pantang shaklee ni ( Vitalea, B-Comp, Vita-C & Zinc) ragu-ragu jugak.. macam mana supplement boleh jadi set berpantang kan.. bila start ambil set ni, sehari dua dah terasa kesannya.. seriously sengal-sengal badan dan tak bermaya terus hilang… proses pantang yang tinggal separuh lagi saya lalui dengan sangat-sangat bertenaga… kawan dan saudara yang datang melawat pun ramai tegur saya nampak sihat dan bertenaga tak macam orang orang pantang. anak saya pun Alhamdulillah tak kena jaundice langsung. Syukur Ya Allah.

(Nota: Di dalam Vitalea ada sedikit Alfalfa. Kalau anda risau, boleh elakkan Vitalea. Tapi pastikan anda makan makanan seimbang yang boleh dimakan semasa dalam pantang)

<< Makanan Yang Dilarang Semasa Dalam Pantang >>

 

Kalau bayi anda ada G6PD Defiency jangan culas untuk berpantang. Elakkan penggunaan jamu di awal kelahiran. Sebaiknya dapatkan Set Berpantang yang semulajadi dan tiada bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi anda.

 

Bagaimana nak dapatkan Set Berpantang ini?

Cara 1:

Anda boleh terus klik button “PESAN SEKARANG” di bawah untuk pembelian pantas di website Shaklee.

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Shaklee akan uruskan penghantaran Set Berpantang ini kepada alamat anda.

Selepas pembelian, anda boleh hubungi Ros di 019-367 3245 atau klik saja link ini >> www.wasap.my/60193673245/CaraMakanSetBerpantangG6PD untuk Ros berikan cara makan eksklusif khas untuk customer Ros.

 

Cara 2:

Untuk mendapatkan harga TERBAIK dan MENJIMATKAN, klik sini untuk whatsapp Ros >> www.wasap.my/60193673245. Ros akan reply msg anda secepat mungkin.

 

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Kesian kan kalau ibu yang ada anak G6PD ni. Apapun setiap anak ada keistimewaan masing-masing =)
    Ibu Zarith recently posted… 5 Tips Pengurusan Berat Badan Semasa Hamil Agar Tidak Terlebih BeratMy Profile

    15 December 2015 at 4:02 pm
  • Reply titan

    ohh..kekurangan enzo, dalam sel darah merah rupanya..

    baru la tau nih..

    lama benar tak baca buku medic.
    titan recently posted… Dikala kita diperlekeh berpanjangan, kita bangkit dengan SATU senyuman sepanjang zaman.My Profile

    16 December 2015 at 11:13 am
  • Reply Sani

    Anak yang ada G6PD memang kena hati hati, kalau tidak lambat dia cure nanti.
    Sani recently posted… 3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.myMy Profile

    19 December 2015 at 8:05 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge