Follow:
Bisnes

National Conference Shaklee 2016 Yang Sangat Best

Assalamualaikum

Tahun ini Ros berpeluang mengikuti National Conference (NC) Shaklee yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Center di level CP3. Ini merupakan NC pertama yang Ros pergi sejak jadi pengedar bebas Shaklee. Disebabkan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal Ros, awal-awal lagi Ros ajak husband pergi sekali.Of course, Luqman dan Maryam pun ikut sekali. Ada playroom untuk mereka semasa NC.

 

National Conference Shaklee 2016

 

Apa yang Ros dengar dari rakan-rakan pengedar yang lain, masa NC kita akan dapat rasa aura kejayaan orang yang ambil award di pentas NC. Terdapat juga sharing dari Master-master Shaklee mengenai #ShakleeEffect mereka. Bagaimana mereka boleh terjebak dalam bisnes Shaklee. Semua sharing sangat menyentuh perasaan Ros. Sob.. sob.. Bukan Ros seorang sahaja yang rasa. Ramai yang sebak dengar kisah yang begitu memberi inspirasi untuk kita berusaha keras membahagiakan orang yang banyak berkorban untuk kita.

 

Ada satu kisah tu.. lebih kurang macam kisah Ros. Bila dengar sharing ni, menitis air mata Ros teringatkan ayah sendiri.

 

Master Zahirah, anak sulung daripada 8 adik beradik. (Sama macam Ros, anak sulung daripada 8 beradik juga). Ayah beliau pemandu bas express bekerja keras untuk membesarkan mereka adik beradik. Beliau pernah menaiki bas yang dipandu oleh ayahnya untuk melihat sendiri bagaimana ayahnya mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Beliau duduk di seat sebelah pemandu. Pukul 3 pagi tak dapat tidur. Melihat begitu curamnya jalan dan begitu besarnya amanah yang dipikul oleh ayah beliau (menjaga 40 nyawa yang berada dalam bas itu), beliau tidak mahu lagi ayahnya memegang streng bas.

 

Beliau belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat kerja yang bagus. Walau bagaimana pun dah bekerja, beliau hanya mampu memberikan sedikit sahaja duit kepada ayahnya memandangkan kos sara hidup masa kini sangat tinggi.

 

Akhirnya, beliau dilorongkan untuk menjalankan bisnes Shaklee yang kini memberikan beliau financial freedom sehingga dapat membalas jasa ibu bapanya. Dengan Shaklee juga, beliau dapat menghantar ibubapanya menunaikan umrah 100% tajaan Shaklee dengan trip 5 bintang.

 

Semoga Ros juga dapat melakukan perkara yang sama. Aminn.

 

Secara peribadi Ros rasa NC kali ni sangat-sangat best. Dengan sharing yang begitu banyak dan di emcee kan oleh Adibah Noor, memang padat dan happening. Adibah Noor pun cakap “dulu saya tak percaya dgn MLM sbb masa **** dulu asyik cerita duit duit duit. Tapi berbeza dengan Shaklee.

 

Anda boleh dengar sendiri apa yang Adibah Noor cakap.

 

 

What i saw there, is ketaksuban terhadap wang ringgit. Wang ringgit itu seolah-oleh Tuhan. Mereka bersorak, mereka macam taksub sangat dengan kejayaan dari segi wang ringgit. Tapi, although i was skeptical when i was here, in Shaklee, but i’m not a member yet, what i see today, that you people sharing experiences from your soul. Which is soo Ohsem!

Kebebasan kewangan itu hanyalah BONUS sahaja, dan bukan merupakan matlamat utama, matlamat sebenar yg saya nampaklah, dari my observation the whole day from morning is, YOU PUNYA KEINGINAN UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN DEMI INSAN-INSAN YANG TELAH BERKORBAN UNTUK ANDA. Wow! That really touched me.


– Adibah Noor

 

Banyak lagi kisah yang memberikan inspirasi kepada Ros. Secara kesimpulan, BIG WHY mereka adalah insan yang tersayang, suami/ isteri, ibubapa dan anak-anak. Merekalah penyebab kita mesti buat bisnes Shaklee agar dapat membahagiakan mereka dan membalas jasa mereka. Shaklee boleh beri apa yang kita perlukan.

 

Ingin membalas jasa ibubapa anda tapi tak tahu bagaimana? Joinlah team bisnes Shaklee Ros. Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk mulakan langkah pertama anda hari ini juga.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge