Follow:
Kekeluargaan, Motivasi

Motivasi Bila Anda Rasa Down

Assalamualaikum

 

Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada perasaan down bila sesuatu tak ikut seperti yang kita rancangkan.
Teringat masa zaman belajar dulu, Ros dah study giler-giler dah.. tapi fail juga satu paper tu. Lagi down bila fail untuk kali kedua. Maksudnya nak tak nak, kali ketiga kena lulus juga. Ya.. lulus. Bukan skor A. Kalau gagal juga, alamatnya terpaksa tukar course.

 

Seboleh-bolehnya tak nak bertembung dengan prof yang mengajar subjek tu. Punyalah takut. Padahal kalau bertembung dengan Prof tu, beliau akan senyum je walaupun senyum selama 3 saat sebelum buat muka macam biasa.

 

Agaknya semua budak Malaysia rasa takut sebab senyuman dia yang tak habis tu. Siapa budak Rosenheim yang masih ingat siapa Prof itu?

 

stop-when-you-are-done

 

Sama macam dalam bisnes sekarang, ada masanya customer dah janji nak beli. Tinggal tunggu payment. Tup tup senyap je. Awal-awal kena macam ni, down juga lah. Tapi takpe. Satu pergi, sepuluh akan datang.

 

Bila down, Ros akan ingat balik tujuan buat bisnes ni. Apa BIG WHY Ros.

 

Ros akan teringat juga susah senang belajar di Jerman dulu. Ros akan ingat balik satu subjek yang Ros dapat 100% tu.

 

Apa-apa pun, bila Ros dah mulakan sesuatu, Ros nak buat sampai selesai. Fighting!

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge