Assalamualaikum
Maryam dijangka lahir awal bulan 9. Ros ingatkan cuti hari merdeka tu nak balik kampung dan bersalin di sana. Tetapi minggu sebelum tu dah ada tanda-tanda nak bersalin. Jadinya kena bersalin di KL dulu. Selepas dibenarkan pulang ke rumah, husband Ros yang sediakan makanan Ros mengikut menu berpantang selepas bersalin yang diberi oleh mak dan mak mertua.
Husband Ros akan masak siap-siap tiap-tiap pagi sebelum beliau pergi kerja. Menu berpantang tu amat mudah dan sekejap je nak buat. Nanti tinggal Ros nak makan je. Ros pun boleh berehat dan fokus kepada Maryam. Waktu ni, Luqman kena ke taska juga sebab Ros baru sangat bersalin.
Pengalaman Ros berpantang tak macam ibu berpantang dalam video ni, Puan Khadeejah. Beliau serik nak mengandung lagi. Ros pulak tak sabar nak mengandung lagi. Apa masalah beliau?
Apa yang husband Ros sediakan sebagai menu Ros berpantang? Jom tengok..
Menu Berpantang Yang Suami Boleh Sediakan
1. Daging Goreng Lada Hitam
Bahan-bahan:
– daging digaul kunyit dan garam
– bawang merah, bawang putih dan halia
– serbuk lada hitam
Cara-cara:
– goreng daging sampai lembut
– bila dah lembut, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
– agak-agak bawang dah layu, masukkan serbuk lada hitam
– goreng sampai daging garing (kalau anda suka garing la)
2. Ikan Kering Masak Asam
Bahan-bahan:
– ikan talang masin
– cili kering
– bawang merah, bawang putih, halia
– sedikit air asam jawa
– sos tomato
Cara-cara:
– goreng ikan masin dan angkat
– tumis bawang merah, bawang putih dan halia
– masukkan cili kering yang dipotong 1cm dan ikan masin tadi
– masukkan air asam jawa dan sedikit sos tomato
– perasakan dengan gula biar cukup masam manisnya
3. Ikan Bilis Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
– ikan bilis
– bawang merah, bawang putih dan halia
– serbuk lada hitam
Cara-cara:
– goreng ikan bilis
– masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
– agak-agak bawang dah layu, masukkan serbuk lada hitam
4. Sayur sawi masak air
Bahan-bahan:
– Sawi dipotong
– Lobak merah dipotong bulat
– Bawang putih dan sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara:
– tumis bawang putih dan serbuk lada hitam
– masukkan air, sawi dan lobak merah
– masak sampai lobak empuk
Itu menu yang husband Ros masakkan sebelum kami balik ke kampung. Rutin makanan Ros seperti di bawah:
– Pagi: Nasi + Lauk/ Roti Canai (makan tanpa kuah), Kopi
– Tengahari: Nasi + Lauk, Air Suam
– Petang: Biskut 4 Segi/ Donut/ Roti Canai (makan tanpa kuah), Kopi
– Malam: Nasi + Lauk, Air suam
Bangun pagi-pagi, Ros rasa lapar. Terus makan berat. Ros tak berani nak makan roti canai dengan kuahnya sebab ada kacang dhal. Takut Maryam kembung. Minuman pulak, Ros tak minum milo lagi sebab panas. So, air berperisa yang Ros minum hanya kopi. Selain tu, Ros minum banyak air suam untuk elak sembelit.
Bila dah balik kampung, lain pula menunya. Mak Ros akan masakkan ikan gelama masak asam. Kadang-kadang tu, gulai ikan seludu (tanpa bendi) atau sup ayam (tanpa kentang).
Ketika berpantang, Ros akan elakkan makanan yang berangin dan sejuk. Ros juga amalkan Set Bersalin Shaklee untuk cepatkan penyembuhan luka bersalin. Set itu juga beri Ros tenaga dan elakkan Ros stress. Kita baru bersalin. Badan masih lemah. Emosi kalau tak jaga boleh sampai meroyan.
Dengan Set Bersalin yang betul, badan anda boleh pulih dengan lebih cepat. Senanglah nak jaga bayi baru lahir nanti.
Berminat dengan Set Bersalin yang sama? Klik terus button PESAN SEKARANG di bawah:
Permalink
kite pon makan menu ni lah time pantang aritu 🙂
puan yien recently posted… #Review : Nursing Cover Muslimah
Permalink
Senang kan.. Kalau Puan Yien ada menu berpantang yang mudah dan cepat, boleh share di sini.
Permalink
Permalink
Simple2 je kn mknan lepas bersalin..yg paling penting..jgn langgar pantang org tua2 slalu pesan..jgn menambah nasik ^_^
Annur recently posted… Kaitan jaundis dengan kelahiran melalui bantuan vakum
Permalink
Macam mana ni Annur… Dulu Ros tambah juga nasi. Selalu lapar.
Permalink
wah..menarik ni. banyak betul resepi-resepi mudah dan sedap. takde la ibu-ibu berpantang pening nak makan apa nanti.
Syakirah recently posted… Set Bersalin Shaklee – Untuk Ibu Kembali Kurus Langsing
Permalink
Hi Syakirah
Nak makan waktu tak dalam pantang pun boleh. Sedapp…
Permalink
Masak daging mmg best. Kebanyakkan masak sue makan ikan bakar je masa berpantang.
Sob3
Nice sharing sis
Wan Nur Suzilla recently posted… Payudara Bengkak Sebelah