Follow:
Kedai Online, Penyusuan, Set Menyusu, Tips

Mengatasi Masalah Susu Merundum Teruk

Assalamualaikum

Setiap ibu menyusu punya kisah dugaan dan cabaran yang tersendiri. Ros pun ada saat-saat getir semasa menyusukan Luqman dahulu iaitu masalah susu merundum teruk semasa Luqman berumur 6 bulan.

Walaupun Luqman dah mula makan makanan pejal, Ros masih ingin menyusukan Luqman sehingga 2 tahun. Kalau susu terus merundum, memang gagallah misi penyusuan 2 tahun yang Ros dah niat dari semasa mengandungkan Luqman lagi- mesti menyusukan Luqman sehingga 2 tahun.

 

<< Kebaikan Penyusuan Susu Ibu >>

 

Tengok stok EBM di dalam freezer, tinggal kurang daripada 15 plastik EBM. Dah tu.. hasil perahan setiap hari tak cukup untuk keperluan Luqman di taska. Mesti akan ambil stok EBM. Ros dah mula risau bila stok EBM asyik keluar je. Takde yang masuk. 🙁

 

Kisah Ros agak sama macam Puan Farah. Jom tengok perkongsian beliau.

 

Hasil pembacaan di internet, sambil-sambil mencari penggalak susu, Ros dapat tahu apa punca susu semakin sikit. Antaranya stress, takde tenaga dan penat. Tak dinafikan Ros agak stress waktu itu. Kerja di pejabat agak banyak dan Ros tak menguruskan masa dengan baik. Akhirnya untuk siapkan kerja, Ros skip sesi mengepam. 3 kali jadi 2 kali je. Balik rumah dah penat. Terus tak mengepam.

 

Banyak juga penggalak susu yang Ros jumpa di internet. Tapi Ros tertarik dengan Set Menyusu Premium Shaklee yang terdiri daripada 6 supplement.

  1. B-Complex with Folic Acid – 120 Biji 
  2. Energizing Soy Protein/ESP – 850 gram 
  3. Alfalfa small- 330 Biji 
  4. Ostematrix – 120 Biji 
  5. Sustained Release Vitamin C -180 Biji 
  6. Vitalea with Iron Formula – 120 Biji 

 

Set Penyusuan ini bukan setakat penggalak susu je. Tapi turut menyelesaikan punca utama kenapa susu semakin sedikit- Masalah stress dan badan ibu menyusu letih dan penat. Bila dah tak stress dan badan bertenaga, dapatlah Ros mengepam dengan tenang dan gembira. Takde asyik terfikir-fikir, lepas habis mengepam nak kena siapkan ini, nak kena buat itu. Sesi mengepam macam nak kena cepat-cepat habis.

 

<< Teknik Banyakkan Susu Ibu >>

 

Jom tengok fungsi setiap supplement dalam Set Menyusu Premium ini.

 

B-Complex berfungsi mengurangkan stress. Ia juga memberikan tenaga dan meningkatkan daya konsentrasi ibu menyusu. Bila ambil B-Complex, Ros dapat buat kerja dengan lebih fokus dan bertenaga. Stress pun tiada.

 

ESP juga dapat membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Normal bila ibu menyusu kerap lapar. Sementara tunggu waktu makan, Ros akan bancuh ESP. Kalau tak sempat breakfast, ESP lah sarapan Ros. ESP juga dapat memekatkan susu ibu.

 

<< Cara Pekatkan Susu Badan >>

 

Selain ESP, Alfalfa juga adalah penggalak susu yang baik. Selepas mengepam, Ros akan telan Alfalfa. Dengan pengambilan Alfalfa dan Ostematrix, Ros takde masalah sembelit. Ostematrix juga membantu menghilangkan lenguh badan akit terlalu lama menyusu. Ia juga membantu Ros bangun pagi segar bugar walaupun tak cukup tidur.

 

Vitamin C membantu melawan penyakit dengan meningkatkan sistem imun badan. Dengan pengambilan Vitamin C yang konsisten, Ros jarang jatuh sakit. Alhamdulillah. Lagi satu, bila anak menunjukkan tanda-tanda tak sihat seperti nak demam, selsema dan batuk, Ros akan upkan dos Vitamin C. Seperti yang kita sedia maklum, anak yang menyusu susu ibu turut mendapat nutrisi melalui susu ibunya. Ini untungnya anak yang menyusu susu ibu.

 

Untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk anak, ibu menyusu perlu makan makanan yang berkhasiat. Tetapi di zaman sekarang terlalu banyak pencemaran. Makanan yang kita makan semakin kurang nilai nutrisi disebabkan proses penanaman dan juga proses memasak. Jadi, Ros ambil Vitalea untuk memastikan Ros dapat keperluan nutrisi yang cukup setiap hari.

 

Set Penyusuan Premium ini tahan sehingga 4 bulan. Pada Ros, ianya tak mahal kerana jika dibahagi, setiap hari Ros membelanjakan RM4.20 untuk memberikan yang terbaik untuk anak Ros.

 

Ramai yang dah rasa kesan positif sejak mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Jom tengok testimoni mereka.

Testimoni #1

Alhamdulillah saya sedang berpantang sekarang dan tak lupa menjaga kesihatan saya dan baby saya. Saya mengambil set menyusu. Susu saya sangat meriah dan baby saya semakin membesar dengan sihat tanpa menangis kelaparan. Dapat lena sepanjang masa. Syukur sangat… Semoga saya dan baby sentiasa sihat sepanjang masa dengan supplement Shaklee. InsyaAllah.

 

Testimoni #2

Sharing is caring. Testimoni saya sendiri ni. Dah 6 bulan menggunakan Shaklee. Baby pun dah 8 bulan. Alhamdulillah, susu masih meriah. Ibu ibu jom buat stok untuk bulan puasa nanti. Saya dah mula buat stok. Alhamdulillah sehari dapat hasil dalam 30-37 oz. Dapat buat stok 10 oz sehari. InsyaAllah, misi untuk buat stok boleh Berjaya. Dapatkan tips penyusuan daripada pengedar-pengedar anda sekarang. Kalau saya boleh, anda semua pun boleh! 🙂

 

Testimoni #3

 

Usah bertangguh lagi. Lagi lama anda tunggu, habislah stok EBM yang dah sedia sedikit tu. Hubungi Ros di 019-367 3245 untuk mulakan misi memperbanyakkan susu. Ros akan bantu sebaik mungkin supaya susu anda kembali meriah. Ada tips eksklusif yang Ros akan kongsikan dengan yang sanggup bertindak pantas demi anak tersayang.

Bagaimana nak dapatkan Set Penyusuan Premium ini?

Cara 1:

Anda boleh hubungi Ros dengan klik link ini >> www.wasap.my/60193673245/OrderSetPenyusuanPremium.

Ros akan uruskan pembelian Set Menyusu ini selepas terima pembayaran dari anda.

 

Cara 2:

Untuk pembelian pantas, anda boleh klik button “PESAN SEKARANG” di bawah:

 

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.

Selepas pembelian, klik sini >> www.wasap.my/60193673245/CaraMakan untuk Ros berikan cara makan yang eksklusif untuk customer Ros.

signature Ros Ahmad1

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

3 Comments

  • Reply [Infografik] Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu | Coretan Ros Ahmad

    […] tambahan seperti Set Menyusu Shaklee terbukti telah membantu ramai ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Suami […]

    28 April 2015 at 8:58 am
  • Reply 3 Bahaya Air Kosong Kepada Bayi Baru Lahir | Coretan Ros Ahmad

    […] anda ada masalah penyusuan seperti Puan Farah, ambil Set Penyusuan Premium dengan konsisten. Hubungi Ros di 019-367 3245 cepat-cepat untuk atasi masalah susu tak cukup. Ros […]

    28 April 2015 at 9:00 am
  • Reply Makanan Penggalak Susu Badan Semasa Berpantang | Coretan Ros Ahmad

    […] berpantang di rumah mak awal-awal tu, peti sejuk penuh. Balik rumah sendiri baru pulun kumpul stok. Set Menyusu Premium banyak membantu Ros penuhkan freezer dengan stok susu untuk […]

    20 May 2015 at 10:08 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge