Follow:
Aktiviti 1-2 tahun, Anak-anak

Mengasah Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak

Assalamualaikum

Ros nak kongsikan dengan anda bagaimana hendak mengasah kemahiran motor halus kanak-kanak. Yang ni anda boleh buat sendiri je dengan kos yang rendah. Ros dah buat ni lama dah. Untuk Luqman waktu dia 8 bulan dulu. Pastu simpan. Tunggu Maryam besar sikit, Ros perkenalkan kepada Maryam pula.

 

Maryam suka sangat main kedua-dua mainan ini. Setiap kali berjaya masukkan, mesti dia tepuk tangan sambil tersenyum bangga. Sebagai ibu, seronok tengok dia main dengan gembira.

 

Oh ya.. waktu anak main ni, anda kena pantau. Ros takkan tinggalkan Maryam sorang-sorang dengan mainan ni. Sebab risiko tercekik tu ada. Bila Maryam nak main, Ros akan ambil dari rak dan selepas main Ros akan simpan balik.

 

Jom tengok macam mana nak buat.

Bahan-bahan yang anda perlukan:

  • Bekas dengan penutup plastik
  • duit mainan
  • pom-pom
  • pisau untuk tebuk

 

Ros guna bekas terpakai iaitu bekas gula-gula Ricola dan bekas kacang. Kemudian Ros akan tentukan dulu setiap bekas nak tebuk lubang bentuk apa. Lubang tu mesti besar sedikit je supaya senang objek tu dimasukkan. Bila dah tentukan, anda bolehlah mula menebuk. Hati-hati guna pisau tu.

 

Anda juga boleh guna popsicles stick. Sama je konsepnya. Tapi bekas tu kena tinggi lah supaya popsicles stick boleh masuk dalam tu.

 

Ros akan kongsikan idea lain nanti. Semoga bermanfaat.

 

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

1 Comment

  • Reply titan

    tapi memang kena tengok dia main la.

    kalau tak, masuk mulut aje selalu nih. hehe
    titan recently posted… Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.My Profile

    8 November 2015 at 8:54 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge