4 Makanan Yang Perlu Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Ambil Di Bulan Puasa

Assalamualaikum

Pengambilan makanan yang seimbang semasa berpuasa dapat memberikan tenaga kepada ibu hamil dan ibu menyusu. Bagi ibu hamil, anda tidak semestinya perlu makan untuk dua orang. Jika anda makan dalam kuantiti yang betul, anda dapat bertahan hingga ke petang.

Jika anda ibu menyusu pula, pemakanan yang betul dapat memberikan anda tenaga dan juga memastikan penghasilan susu tidak terjejas. Walaubagaimanapun, rutin mengepam hendaklah dilakukan seperti biasa.

Ikuti panduan di bawah untuk merancang menu berbuka dan sahur anda.

Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu

1. Kurma

Seperti yang te;ah disarankan oleh nabi, ibu hamil dan ibu menyusu digalakkan makan kurma untuk tenaga berterusan semasa berpuasa.

Kurma juga antara milkbooster terbaik untuk ibu menyusu dalam memastikan kuantiti susu tetap seperti biasa walaupun berpuasa.

Hari pertama puasa, kuantiti susu mungkin akan jatuh sedikit. Kebiasaannya, hari kedua dan seterusnya hasil perahan akan jadi seperti biasa. Itu mengikut pengalaman Ros.

 

2. Makanan berprotein tingggi

Makanan berprotein seperti ayam, daging, kekacang dan telur dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat. Oleh itu, lebihkan makan makanan berprotein berbanding nasi, mee semasa berbuka dan sahur.

Selama menjadi ibu menyusu, Ros cepat rasa lapar. Ros akan banyak makan lauk berbanding nasi semasa berbuka puasa.

 

3. Makanan berserat

Makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ia juga bagus untuk mengelakkan sembilit yang kerap dialami oleh ibu hamil. Ibu menyusu pasti tak mahu ada sembelit juga kan?

 

4. Makanan berkarbohidrat

Makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, bihun hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Makan dengan berlebihan akan menyebabkan anda rasa mengantuk ketika terawih dan juga selepas bersahur.

 

Semoga bermanfaat. 🙂

 Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

4 Comments



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge