Assalamualaikum
Waktu berpantang adalah masa kritikal untuk ibu-ibu baru bersalin. Selepas 9 bulan mengandung anak, pastinya anda perlu berpantang betul-betul selama 44 hari jika sayangkan diri sendiri. Ros pasti anda sayangkan diri masing-masing. Mesti anda tahu semasa berpantang, banyak makanan yang kita tak boleh makan. Ros senaraikan buat panduan anda makanan yang dilarang semasa pantang.
Makanan yang dilarang semasa pantang
Ikan Yang Dilarang
- ikan tamban
- ikan kembung
- ikan parang
- ikan sembilang
- ikan tongkol
- ikan keli
- ikan bawal hitam
- ikan terubuk
- ikan duri
- ikan pari
Kesemua ikan di atas adalah berbisa. Dikhuatiri boleh menyebabkan tumpah darah. Jangan main makan tau!
Pilihan ikan yang selamat dimakan adalah:
- ikan haruan
- ikan merah
- ikan gelama
- ikan bilis
- ikan tenggiri
- ikan jenahak
- ikan yu
- ikan kurau
- ikan senangin
- ikan bawal putih
- ikan selar
Walaubagaimanapun, berpada-pada lah makan. Sebagai contoh, ada yang kata ikan bilis tak sesuai untuk ibu baru bersalin. Ros makan ok. Tak gatal. Ikan haruan pula, memang ramai yang kata boleh mempercepatkan luka bersalin sembuh. Tapi kalau makan setiap hari, takut luka luaran terlalu cepat bercantum. Tapi di luka dalaman kita tak tahu sebab tak nampak.
Sayur Yang Dilarang
- kubis
- tomato
- timun
- brokoli
- pucuk ubi
- pucuk paku
- bayam
- terung
- petola
- ubi kayu
- labu
- kangkung
- kacang panjang
- kacang botol
- keladi
- rebung
- cili
- petai
- jering
Sayur yang dilarang di atas adalah kerana bersifat sejuk, berangin dan jenis menjalar. Ia boleh menyebabkan angin jika ibu bersalin makan. Bayi juga boleh kembung perut kerana menyusu badan. Kesian sangat kalau bayi kena kembung.
Ros teringat waktu berpantang Luqman ada satu kali tu Luqman kembung teruk. Bila ketuk perut, memang keras dan berbunyi. Luqman menangis tak berhenti-henti. Ros tak tak tahu nak buat apa. Selepas 15 minit diurut dan disendawakan baru ok. Pengajaran untuk Ros lebih berhati-hati.
<< Cara Sendawakan Bayi >>
Pilhan Sayur Yang boleh dimakan:
- pegaga
- sawi
- lobak merah
- lobak putih
- daun kaduk
- jantung pisang
Walaupun pendek je senarai yang boleh dimakan, pastikan anda makan sayur untuk dapatkan serat. Sayur-sayur ni boleh memperbanyakkan susu ibu juga. Kalau tak makan sayur langsung, anda boleh kena sembelit dalam pantang.
Buah yang dilarang
- limau
- nenas
- tembikai
- epal hijau
- kiwi
- jambu
- durian belanda
- pear
- belimbing
- mangga
- betik
- ubi kayu
- sengkuang
- macang
- pisang
Buah di atas dilarang kerana bersifat sejuk dan tajam. Ada juga yang berangin.
Pilihan buah yang selamat:
- oren
- kurma
- kismis
- longan cina
- epal merah
Nak elak sembelit, kena makan buat oren. Kurma dan longan cina boleh memperbanyakkan susu ibu juga.
Semoga berguna untuk ibu-ibu di luar sana. Berpantang betul-betul kalau tak nak merana di kemudian hari. Orang kata badan kita nak pakai lama. Takkan baru anak sorang, badan dah lenguh-lenguh. Sakit sendi dan sebagainya. Ros pakai Set Bersalin Shaklee. Anda boleh baca pengalaman Ros berpantang dengan set ni.
Permalink
Wah ima kasih bagi senarai ni kak ros. senang nak rujuk untuk yang ke 3 kalau ada rezeki nanti hehe
Ibu Zarith recently posted… Menimba Ilmu Baru Di Health & Wellness Fair