Follow:
Penyusuan, Tips

Makanan Untuk ibu Menyusu Semasa Berpuasa Supaya Susu Kekal Banyak

Assalamualaikum

Alhamdulillah walaupun berpuasa mommies tetap menyusukan bayi seperti biasa. Ros faham ibu menyusu mesti rasa lembik je sebab banyak kalori dibakar dan digunakan untuk menghasilkan susu ibu.

Untuk menjaga kualiti susu semasa berpuasa, anda mestilah mengamalkan diet yang seimbang semasa berbuka puasa dan sahur. Kalau boleh, masukkan sayur-sayur dan buah-buahan yang boleh menggalakkan susu ibu di dalam menu harian.

 

Makanan ibu menyusu title

Antara makanan penggalak susu yang baik untuk ibu menyusu:

Sayur-sayuran

  • lobak putih
  • lobak merah
  • sawi
  • kucai
  • pucuk manis
  • pegaga
  • peria
  • jantung pisang
  • alfalfa

Buah-buahan

  • oren
  • betik
  • kurma

Rempah-ratus

  • halba
  • jintan hitam

Minuman

  • oat
  • milo
  • air rebusan longan kering
  • susu
  • horlick
  • air soya

Lain-lain

  • keju
  • tauhu dan tempe

 

Banyak kan sebenarnya yang ibu menyusu boleh makan untuk maintain penghasilan susu di bulan puasa. Milkbooster bagi ibu menyusu mungkin berbeza dengan ibu menyusu yang lain. Yang penting, anda kena try and error untuk tengok yang mana lebih berkesan untuk anda.

 

Macam Ros sebelum ambil Set Penyusuan kalau makan oat, memang rasa susu akan pekat sedikit. Kalau makan nasi lemak yang ada halba, mesti susu banyak dan pekat. Tapi kan, takkan nak makan nasi lemak hari-hari kan. Tak kurus la macam tu 😛

 

Di samping makan oat, kurma Ros tetap ambil supplement tambahan yang ada Non-GMO soya dan Alfalfa untuk memperbanyakkan susu. Set Penyusuan yang Ros ambil tu ada lebih daripada itu. Untuk emosi ibu menyusu supaya tak stress pun boleh. Tahukan anda STRESS adalah musuh utama ibu menyusu. Kalau stress, mesti susu drop.

Ros Ahmad

019- 367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply wildan

    Tips yang bermanfaat untuk para ibu-ibu menyusui.
    wildan recently posted… Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

    2 July 2015 at 8:49 am
  • Reply fisya

    Tips yg sangat berguna..Bermanfaat untuk ibu-ibu menyusu..
    fisya recently posted… Resipi Ayam Goreng BerempahMy Profile

    9 July 2015 at 3:39 pm
  • Leave a Reply to wildan Cancel Reply

    CommentLuv badge