Assalamualaikum
Semasa berpantang, ada ibu yang rasa susu ibu tidak banyak dan tidak cukup untuk bayi. Anda mungkin mahu mencuba makanan penggalak susu badan semasa berpantang ini.
Menu Makanan Penggalak Susu Badan
Ulam Pegaga
Cara sediakan
- basuh pegaga sehingga bersih
- makan bersama nasi panas sebagai ulam
Kerabu Pegaga
Bahan-bahan
- pegaga
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia muda
- 2 biji bawang merah
- sedikit lada hitam
- ikan bilis
Cara Sediakan
- Potong pegaga
- tumbuk bawang putih, halia muda, bawang merah, lada hitam
- goreng bahan tumbuk tanpa minyak sehingga garing
- angkat dan gaul bahan yang telah digoreng bersama pegaga
Dulu-dulu Ros tak suka pegaga. Tapi sejak tahu pegaga elok untuk tambah susu badan, Ros cuba makan. Rupanya, takde lah teruk sangat rasanya.
Sawi Masak Air
Bahan-Bahan
- Sawi dipotong
- Sedikit lada hitam
- 2 ulas bawang putih
- sedikit ikan bilis
Cara-Cara
- tumbuk bawang putih, lada hitam dan ikan bilis
- tumis bahan tumbuk dalam minyak yang sedikit
- masukkan air
- bila mendidih masuk sawi
- tunggu sebentar dan tutup api
Lobak putih juga dikatakan makanan penggalak susu. Boleh buat menu yang sama. Gantikan sawi dengan lobak putih.
Kucai Goreng
Bahan-bahan
- Kucai dipotong
- 2 ulas bawang putih dihiris
- sedikit kicap
Cara-cara
- tumis bawang putih
- masukkan kucai
- masukkan kicap dan gaul sebentar
Jantung Pisang Rebus
Cara-cara
- Buang bahagian kulit yang keras
- belah dua
- rebus bersama sedikit garam dan sedikit minyak
- angkat bila dah empuk
Ulam Dauk Kaduk
Cara-cara
- rebus daun kaduk
- toskan air rebusan
- makan daun kaduk yang telah direbus tadi bersama nasi
Kurma
Biasa Ros makan macam tu je. Atau anda boleh blend kurma bersama susu kambing.
Makanan penggalak susu ni bergantung kepada diri masing-masing juga. Ada yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Cubalah. Apa-apa pun, anda perlu kerapkan menyusukan bayi. Bila bayi kerap nyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kalau bayi ada jaundis, anda lagi lah perlu kerapkan menyusu. Susu ibu sahaja dah cukup untuk bayi bawah 6 bulan. 🙂
Selepas 2 minggu berpantang, anda dah boleh kumpul stok sebelum masuk kerja. Ada yang mula kumpul stok seawal 3 hari. Tapi Ros tunggu dulu sebab berpantang di rumah mak awal-awal tu, peti sejuk penuh. Balik rumah sendiri baru pulun kumpul stok. Set Menyusu Premium banyak membantu Ros penuhkan freezer dengan stok susu untuk Maryam.
Ros Ahmad
019-367 3245
Shaklee ID: 1134 656