Follow:
Hamil, Penyusuan, Tips

Makanan/Minuman Yang Perlu Ibu Hamil Elakkan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua.

Macam mana puasa mommies semua? Bulan puasa ni kita rasa macam nak makan semua je. Ye lah. Kalau lapar, semua nampak sedap kan. Kalau pergi bazar Ramadhan, rasa macam nak beli semua. Tapi bila masa berbuka, makan satu juadah pun dah kenyang kan. Membazir makanan yang tak dimakan tu.

Mommies yang tengah preggy, awasi diet anda tau. Demi kesihatan anda dan bayi yang dikandung tu. Bukan semua main telan je. Ada makanan yang perlu ibu hamil elakkan di bulan puasa ni. Bulan tak puasa pun anda kena teruskan mengambil makanan yang berkhasiat.

Jom tengok apa makanan dan minuman yang perlu ibu hamil elakkan di bulan puasa.

Makanan Yang Perlu Ibu Hamil Elakkan Di Bulan Puasa

 

1.Makanan bergula tinggi dan manis

Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan paras gula naik mendadak dan turun secara mendadak. Anda akan rasa pening dan nak pitam.

Pilih makanan yang indek glisemiks nya rendah seperti lobak merah, brokolli dan juga bunga kobis. Elakkan makan kuih dan kek yang terlalu manis semasa berbuka.

 

2. Makanan bergoreng dan berlemak

Kebanyakan khasiat dan nutrisi dalam makanan bergoreng telah hilang semasa proses menggoreng. Makanan berlemak juga boleh menyebabkan berat anda naik mendadak.

Lebih menyihatkan jika anda makan makanan yang dimasak secara merebus atau stim.

 

3. Makanan segera

Kebanyakan makanan segera mempunyai nilai nutrisi yang rendah walaupun mengenyangkan. Jika anda tidak hamil sekalipun, makanan segera tidak baik untuk diri kita. Ingatlah bayi yang sedang kita kandung.

 

Minuman yang perlu ibu hamil elakkan di bulan puasa

1. Kopi dan teh

Minuman berkafein seperti kopi dan teh akan menyebabkan anda kehilangan air melalui kencing.

Minumlah air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

 

2. Minuman manis

Kurangkan minuman yang manis. Adalah lebih baik anda minum air masak. 8 gelas sehari tidak termasuk air manis seperti jus dan sirap. Minumlah 8 gelas air masak sehari atau lebih. Sama seperti makanan manis, minuman manis akan menyebabkan paras gula dalam darah naik dan turun mendadak.

 

Untuk berbuka dan bersahur, anda boleh ikut panduan ini semasa menyediakan juadah berbuka dan sahur. 4 makanan tersebut perlu diambil ibu hamil semasa berpuasa supaya anda bertenaga sehingga ke petang.

 

Semoga bermanfaat.

Ros Ahmad

019- 367 2345

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge