Follow:
Penyusuan, Tips

Atasi Lenguh-lenguh Badan Ketika Menyusu Dengan Satu Cara Mudah

Assalamualaikum

Ros ucapkan tahniah kepada anda kerana memilih untuk menyusukan anak. Bukan senang nak menyusukan anak kan. Bermacam-macam cabaran akan datang sepanjang proses penyusuan. Ros faham benar situasi anda kerana Ros sendiri pun ibu menyusu. Antara masalah yang dihadapi adalah lenguh-lenguh badan ketika menyusu.

lenguh-lenguh badan ketika menyusu

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada masalah lenguh-lenguh badan ibu menyusu:

– Posisi penyusuan

Jika kita menyusu bayi secara mengiring, kepala perlu diampu dengan bantal kecil. Setengah ibu menggunakan lengan mereka untuk mengampu kepala bayi. Akibatnya, selesai menyusu tangan terasa kebas.

– Kerap bangun malam

Adalah normal, bayi kerap terjaga waktu malam hendak menyusu. Bayi menyusu susu badan biasanya akan menyusu setiap 2 – 3 jam. Penyusuan pada waktu malam juga berupaya untuk memperbanyakkan susu ibu.

– Kurang kalsium dalam diet harian

Ibu menyusu memerlukan lebih banyak kalsium untuk penghasilan susu. Keperluan kalsium ibu menyusu dan ibu mengandung adalah 1000 mg sehari iaitu 200 mg lebih banyak daripada wanita biasa. Kekurangan kalsium dalam diet harian akan meyebabkan kalsium terpaksa diambil daripada tulang dan gigi kita.

Sebelum Ros beritahu satu cara mudah untuk mengatasi masalah lenguh-lenguh badan ibu menyusu, eloklah anda tonton video ini dahulu mengenai Puan Ida Khairani yang juga mengalami masalah sakit tulang belakang dan lenguh-lenguh badan sewaktu dalam pantang lagi.

Masalah kekurangan kalsium Puan Ida Khairani agak teruk sampai beliau tidak mampu dukung anak pun walaupun berat bayi baru lahir baru beberapa kilo. Anak beliau turut terkena tempias masalah yang beliau hadapi. Walaupun belum mula makan makanan pejal, gigi anak mula terhakis.

Masalah beliau berakhir selepas mengambil supplement kalsium dari Shaklee iaitu Ostematrix. Ostematrix dihasilkan daripada sumber semulajadi yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap.

Sebiji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Oleh itu, ibu menyusu disarankan mengambil 4 biji Ostematrix untuk memenuhi keperluan kalsium harian.

Dengan pengambilan 4 biji Ostematrix, anda turut mendapat:

  • Magnesium – 400 mg – untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D – 400 IU – untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron – 3mg – membantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan, copper & zink – mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

So, satu cara mudah yang Ros maksudkan adalah mengambil Ostematrix setiap hari.

Hubungi Ros di 019- 367 3245 untuk dapatkan supplement kalsium anda sekarang. Usah biarkan diri anda kehilangan lebih banyak kalsium. Nanti umur baru 30-an dah kena Osteoporosis.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

Share on
Previous Post Next Post

You may also like

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    ish betul tu kak ros, memang sakit badan tiap kali bangun malam. thanks ye share tips =)
    Ibu Zarith recently posted… 9 Tips Mudah Bersalin Yang Ibu Hamil Wajib PraktikkanMy Profile

    12 March 2015 at 2:28 pm
    • Reply Ros

      semoga bermanfaat ye Zarith.

      17 March 2015 at 8:41 am

    Leave a Reply to Ros Cancel Reply

    CommentLuv badge