Kenapa Selepas Bersalin Tak Boleh Makan Laksa?

Assalamualaikum

 

Pernah tak anda dengar orang cakap, selepas bersalin tak boleh makan laksa. Kena pantang setahun. Ayat ini biasa kedengaran di utara Malaysia. Ros berasal dari utara. Apa yang mak Ros pesan, kena berpantang laksa sampai anak boleh berjalan. Kiranya sehingga anak umur setahun juga.

 

Alkisahnya, raya baru ni, Ros bercadang nak makan sikit laksa. Nak rasalah kononnya. Mana taknya, raya pertama 2 buah rumah, hidangkan laksa. Waktu tu Maryam dah mula meniti.

 

Hasrat Ros terbantut bila makcik Ros cakap kalau rasa badan tahan, makanlah. Erk.. Ros pun batalkan hasrat nak makan laksa tu. Padahal masa on the way nak pergi rumah makcik Ros tu, Ros dah cakap kat husband nak makan sikit laksa sebab rumah pertama tadi tak makan. Huhu.

 

Bila fikir balik, alang-alang dah pantang laksa 11 bulan, tunggu je lah sampai Maryam setahun. Sebulan je lah. 25 hari bulan baru ni, Maryam genap setahun. Dah juga dah boleh berjalan. Yayyy.. Dah boleh makan laksa dah. 🙂

 

Antara sebab selepas bersalin tak boleh makan ialah sejuk dan berangin. Laksa juga menggunakan daun kantan. Nenas dan timun juga tidak elok untuk ibu selepas bersalin. Lagi satu orang cakap sebab laksa ni dimasak dua kali. Semasa berpantang pun, memang ibu baru bersalin dilarang sama sekali makan nasi yang dipanaskan semula.

 

Kesan makan laksa ni, kita takkan rasa sekarang. Tapi bila dah berumur nanti, mula lah sakit pinggang, sakit lutut dan sebagainya.

 

Ada banyak pantang larang selepas bersalin yang perlu ibu baru bersalin ikuti kalau mahu badan pulih seperti sebelum mengandung. Sokonglah proses pemulihan badan anda dengan Set Berpantang yang bersesuaian. Bertungku dan berbengkung jangan dilupai untuk mendapatkan perut yang kempis seperti anak dara.

Ros Ahmad

019-367 3245

Shaklee ID: 1134 656

10 Comments


    1. Ros memang berpantang laksa lagi. Kalau takde orang ingat, mungkin dah makan dah dulu. Nasib mak dan makcik masih berpegang kepada petua lama-lama.

      Reply

  1. phew… nasib baik sekarang dah tak duk belah utara. zaman belajar usm dulu, laksa di mana-mana ^_^”

    Reply

    1. Aaah Illa.
      Kalau balik kampung, mesti rasa nak makan laksa. Tapi tahan je lah..

      Reply

  2. sedap laksa mmg boleh makan tak beringat..lagi2 laksa utara mmg sedap..org2 dulu memang kuat pantang larang dan kita zaman skrg sepatutnya memang kene jaga mcm org2 dulu

    Reply

    1. Kena makan laksa masa pregnant. Supaya lepas bersalin tak kempunan sangat.

      Reply

  3. saya pun baru tahu dalam pantang tak boleh makan laksa. Bila dok belah2 utara ni, kawan2 pesan tak boleh makan laksa atleast setahun..hmm kempunan la time tu

    Reply

    1. Ya Puan Jamaliah. Masa mengandung tu kena makan banyak kali lah supaya tak kempunan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge